Majlis Press Conference & Signing Ceremony Maydan

3:31 pm
Assalamualaikum, hari ini huda nak kongsi tentang event yang huda hadiri baru-baru ini iaitu
" Press Conference & Signing Ceremony Maydan" yang di adakan di Majestic Hotel, KL


Founder Maydan iaitu Tuan Haji Hamdan bersama 3 duta Maydan iaitu Fazura, Fattah Amin dan Elfira Loy yang sudah menanda tangani perjanjian bersama.


Fazura menjadi duta untuk produk makanan tambahan tablet Q-Tab, Fattah Amin menjadi duta untuk produk Syampu dan Pelembab Rambut Strawberry Smoothies , manakala Elfira Loy menjadi duta untuk  Lock It Hydrating Serum

Ketiga-tiga selebriti ini bersetuju menjadi duta produk Maydan ini kerana keberkesanan produk yang telah mereka rasai dan juga kelebihan produk Maydan yang diproses dari sumber semulajadi yang selamat digunakan dan sesuai untuk wanita dan lelaki.

Selepas selesai majlis pelancaran dan signing ceremony, seterusnya pihak media pula memulakan tugas untuk interview duta-duta Maydan. 

 Sebelum host HLive, Dahlia Syazwan naik ke pentas untuk menemuramah Fattah Amin, huda berkesempatan berborak sekejap. Teruja dapat melihat bagaimana pihak media terkenal tanahair bekerja. Maklumlah pengalaman pertama pergi Press Conference dan bertemu dengan artis-artis terkenal.



Peluang untuk menemu ramah artis-artis agak sukar kerana mereka agak sibuk dengan temuramah dari pelbagai pihak media yang beratur menunggu giliran. Maka, Huda dan bersama rakan blogger menemu ramah founder Tuan Haji Hamdan dan bersama dua anak beliau iaitu Dana Sayang dan Maya Hamdan


Nama " Maydan" merupakan kombinasi nama Maya dan Dana. 

Maya dan Dana juga mencipta tagline Maydan yang catchy iaitu " Dan-Dan Menjadi" yang memberi bermaksud memberi kesan serta-merta. 

Maya dan Dana juga berkongsi tentang produk Maydan yang bakal menemui anda semua di pasaran tidak lama lagi. Nantikan road tour Maydan di seluruh Malaysia.

Keistimewaan produk Maydan yang berasaskan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dan sudah menjalani R&D selama  satu tahun menjanjikan produk Maydan ini "dan-dan menjadi"

Setiap rangkaian produk Maydan dihasilkan menggunakan bahan dari sumber alam semulajadi seperti stawberi, acai beri, delima, timun, aloe vera serta pati minyak buah kelapa dan zaitun. Ramuan yang dipilih sebagai bahan utama dalam formulasi produk yang dirumus khas dengan teknologi sains kesihatan dan kecantikan.

Semoga produk Maydan berjaya menambat hati kita semua dengan adanya duta-duta hebat dalam mempromosikan produk Maydan ini ke seluruh pelusuk Malaysia.



Ini merupakan kali pertama huda menjadi wakil blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari bersama dua rakan blogger yang lain iaitu Kak Tati dan Ika.

Alhamdulillah majlis Press Conference dan Signing Ceremony Maydan berjalan lancar.

Cenderahati dari pihak Maydan dan event sponsor iaitu Soulmatte Cosmestics dan Lord Cosmetics


InshaAllah di entry akan datang huda akan kongsikan pengalaman huda mencuba produk Maydan ini.



Sekian pengalaman huda di Majlis Press Conference & Signing Ceremony Maydan Official.

Maklumat lanjut mengenai produk dan akiviti jenama Maydan, layari 

2 comments:

  1. Xda selfie dengan fattah ke? Produk tu nampak comel betul. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tak nak la selfie dengan Fattah, lalu depan mata tengok camtu jer =p Tapi sempat selfie dengan fazura dan host HLive, tak berani nak share gambar selfie, sebab gambo diri sendiri tak cantik bila dok sebelah org cantik.

      Delete

Powered by Blogger.