Food Review : Merdeka Food Bazaar di Alfresco Aman Bali

Assalamualaikum. Terima kasih sudi singgah blog huda hari ini.
Hari ini huda nak kongsi pengalaman huda makan malam di Merdeka Food Bazaar di Alfresco Aman Bali , Tok Aman Bali Beach Resort. 


Merdeka Food Bazaar ini berlangsung mulai 25 Ogos sehingga 22 September 2017 sahaja. 

Jom ikut huda tengok ada pilihan makan apa ada di sini. 


Ada pelbagai pilihan pasta. Nak makan baru chef masak. sedap makan panas-panas.


Desert - ABC


Diet ? Nak makan ringan-ringan pun boleh, ada roti bakar dan pancakes


Nak makan sup kambing dan laksa penang pun ada.


Menarik, ada nasi lemak juga disini.



Air FREE - Sky Juice. Pilihan utama huda sebab ZERO Kalori. 


Sedap juga makan sizzling hot plate ni..


Western Food pun menggoda iman juga. Lama tak makan Fish & Chips.


Nasi Goreng dan pelbagai pilihan mee.


Claypot Chicken Rice dan Claypot Briyani. Bau semerbak jer nasi briyani kat sini..

Best yer makan malam di sini, memang rambang mata nak pilih juadah apa nak di makan.

Akhirnya yang menjadi pilihan anak-anak adalah Set Roti Canai. 2 keping RM5.00. Ok la tu kan, namapun makan kat hotel, roti canai memang sedap, tak macam roti canai yang biasa makan.


Pilihan suami. Chicken Chop RM15.00


Pilihan huda, Fish & Chips. RM10.00


Jom makan. Kos makan malam kami berempat hanya RM30.00 sahaja. 


Part paling best, makan sambil layan music romantic, lagu-lagu instrumental korea memang mengusik jiwa. View yang cantik di sini buatkan makan malam kami sangat bermakna. 



Alhamdulillah huda dan sekeluarga kenyang makan disini. Siap tak habis tapau roti canai anak-anak makan tak habis bawa naik bilik. Hehe, ingat tak kenyang, siap plan nak makan makanan lain. 

Ok, sekian perkongsian huda di Merdeka Food Bazaar di Alfresco Aman Bali , Tok Aman Bali Beach Resort. Sempat lagi bagi sesiapa yang nak merasa makan malam di sini dengan harga makanan serendah RM5.00 sahaja. Hujung minggu ini merdeka food bazaar ini bakal melabuhkan tirainya.
InshaAllah tahun depan huda nak datang sini lagi, sebab best dan berbaloi-baloi.


some_text

1 comment:

Powered by Blogger.