Tips Ajar Anak Makan Makanan Sihat

Assalamualaikum. Selamat pagi Selasa dipertengahan bulan Ogos 2017.



Pagi ini huda nak kongsi tentang Tips Ajar Anak Makan Makanan Sihat.

Semua ibu bapa hadapi masalah yang sama. Susahnya nak ajar anak makan sayur. Asyik makan nasi dan kicap, telur, ayam goreng. Mana nak dapat vitamin dan mineral?

Buah-buahan pun kadang-kadang.
Sayur lagi la, jarang-jarang sangat.

Huda pun alami masalah sama. Kadang-kadang puas buat bento comel-comel, pujuk makan, semua tak jadi.

Jadi timbul rasa malas, dan fikir, takpe la nanti dah besar diorang makan la.
Tapi betul ke nanti dah besar diorang akan makan?

Huda ada kenalan yang tak suka makan sayur, tak pernah makan sayur sebab mak diorang tak pernah ajar makan sayur.

Jadi salah mak bapak juga jika anak-anak kita membesar kelak tidak amalkan pemakanan sihat, kerap jatuh sakit dan paling menakutkan masalah obesiti dan melarat menjadi penyakit kronik...

Masa tu, nak menyesal pun tak guna.

Alasan susu formula ada vitamin dan mineral untuk anak-anak dah cukup?

Huda tertarik dengan perkongsian Dr. Suriyakhatun di laman media sosial beliau tentang kesan susu formula kepada anak.


Semoga ibu bapa makin sedar, bagi susu formula bukanlah jaminan anak-anak dapat cukup khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat. 

Jadi huda mengambil langkah proaktif dalam usaha mengajar anak-anak makan makanan sihat yang seimbang.

Tips untuk ajar anak-anak makan makanan sihat adalah memberi kesedaran sejak kecil lagi. 

Huda tertarik dengan video promosi dari Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mempromosikan Pinggan Sihat Malaysia - Suku,Suku,Separuh.




Tips pertama, biasakan anak-anak makan di rumah, kurangkan makanan diluar. Hidangan buah dan sayur wajib ada!

Tips kedua, biasakan anak makan buah-buahan gantikan snek ketika berehat sambil menonton televisyen di rumah.

Tips ketiga, bawa anak-anak shopping bersama, dan ajak mereka pilih buah-buahan segar kegemaran mereka dan beli sayur-sayuran segar yang pelbagai warna.
 Elakkan beli buah-buahan yang sudah diproses dan di dalam tin.
 Elakkan bawa anak-anak lalu di bahagian makanan ringan di pasaraya.

Tips keempat, bekalkan anak ke sekolah makanan sihat dan ikut konsep #sukusukuseparuh.

Anak-anak kecil lebih mudah faham jika ajar mereka melalui dalam bentuk visual.

Huda puji usaha Le's Copaque Production yang mendidik anak-anak dalam memberi kefahaman dan kesedaran tentang pinggan sihat Malaysia melalui animasi Upin Ipin. Jom tunjuk video ini kepada anak-anak kita.



InshaAllah, anak-anak akan faham dan akan ikut saranan Upin Ipin. Saranan mak bapa bagi direct, anak-anak susah sikit nak ikut, hehe.

Jadi di rumah, amalkan konsep pinggan sihat Malaysia - #SukuSukuSeparuh


Tak susah pun sebenarnya nak ajar anak makan makanan sihat. Kita sebagai ibu bapa, berhenti bagi alasan, tapi mulakan usaha mulai sekarang. 

Kesihatan anak-anak kita adalah bergantung usaha kita hari ini. 

Sekian perkongsian huda hari ini. harap ia memberi manfaat dan inspirasi kepada kita semua. 
Petang ni nak ajak anak-anak shopping buah dan sayur, stok dah habis kat rumah =) 

"Indeed, the choices we make today 

as PARENTS

will affect our families for years to come."

some_text

5 comments:

  1. Replies
    1. sama2 kita didik anak kita makan makanan sihat.

      Delete
  2. Tulah skrg anak suka makan sayur hope smpai ke besar lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. bila dari kecil ada kesedaran tentang makanan sihat, inshaAllah habit sampai ke besar

      Delete
  3. Menarik tips-tips ni. Perlahan-lahan tapi Insya-Allah lama-lama anak-anak pun automatik nak makan makanan sihat.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.