Nak buat apa hari ni?



Assalamualaikum, 
Salam Pagi Rabu =)

Sebenarnya kerja rumah, kerja bisnes memang melambak, tapi masih lagi tertanya dalam diri....
Nak buat apa hari ini?

Biasa la kan, kadang-kadang motivasi diri kita melayang....kadang-kadang jauh, susah nak patah balik. 

Jadinya pagi ni huda cari inspirasi...

Terjumpa falsafah tentang AIR
 

  1. Mengajarkan kerendahan hati, selalu mengalir ke tempat yang lebih rendah. 
  2. Mengajarkan kebaikan, air berguna bagi kehidupan semua makhluk 
  3. Mengajarkan kegigihan, Setiap titisan air mampu memberi kesan keatas batu yang keras! 
  4. Mengajarkan diri supaya menjadi fleksibel seperti air..yang boleh berubah bentuk mengikut keadaan persekitaran, dan mudah menyesuaikan diri walau di mana sekalipun. 
  5. Mengajarkan keseimbangan, bersifat lembut tetapi mampu menjadi kuat bila tiba waktu yang sesuai. 
Apa kaitan Falsafah air dengan Apa Nak Buat hari ini??

Kita pun ibarat AIR, kemana kita nak alirkan "energy" kita hari ini....

Jadinya meh la kite semua jadi seperti air...mengalir pada tempat sepatutnya. 

Dah nama isteri dan mama, kena alirkan energy ke dapur dahulu sebelum ke tempat lain.
kena jaga perut suami dan anak-anak bagi penuh, kalau tak asyik la diorg tanya makan apa..makan apa.. Jadi yer satu mende lain tak fokus nak buat.. 

Ok, siap membebel di blog, huda nak bersiap-siap keluar beli barang dapur. Lauk tinggal ikan bilis jer ni..  

Next to-do-list

Settlekan payment  order banner/banting dan printing bisnes kad customer dan masukkan details dalam blog customer! 

dah siap kerja bisnes baru boleh sambung blogwalking blog geng KBBA9. Ada 90 blog lagi belum sempat tengok dan tinggalkan jejak..

Sekian dulu. set dalam minda apa korang nak buat yer, dan pasti lepas tu tenaga untuk siapkan semua kerja akan ada. 

" Where Mind Goes... Energy Flows...."




some_text

4 comments:

  1. Rajin yer blogwalking...sampai ada 90 blog haaa...terbaiklah huda salam kenal dari geng KBBA9 juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hari ni tak habis lagi ni blogwalking semua blog geng KBBA9. hehe, sehari buat sikit2, lama2 jadi bukit.

      Delete
  2. tq sharing.. cantik header blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq yanie =) Suami yang designkan. So credit goes to him =)

      Delete

Powered by Blogger.