Hotel Review : Legend Resort Cherating

Assalamualaikum semua yang sudi singgah blog huda hari ini.


Hari ini huda nak belanja korang cuci mata tengok bilik hotel di Legend Resort Cherating.

Alhamdulilah, murah rezeki minggu lepas dapat join Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating.

Sampai-sampai jer parking depan pintu lobi hotel, ada bell boy dah ready nak pick up barang-barang huda. Memang terbaik la, terasa macam VIP pulak. Kemudian huda jumpa staff hotel untuk daftar dan check in bilik. Sebelum staff yang in charge bagi kunci bilik, huda saja la tanya, ada bilik seaview tak?

Alhamdulilah, ada 1 jer masa huda tanya tu, jadinya rezeki huda la dapat bilik Grand Deluxe Seaview. Bilik yang huda dapat ni sudah menjalani proses renovation, jadi nampak semua macam baru. Suka sangat!

Tengok la gelagat The Arifs sampai-sampai bilik terus landing atas katil sorang satu. 


Holiday siap bawa favourite toy story diorang. Adik Arif Hakim tidur dengan Buzz, Abang Arif Haikal tidur dengan Woody.



View dari pintu masuk bilik. Ada 2 katil, ada kipas, ada aircond, ada TV, ada 2 seater sofa, ada working desk. Jom kita jalan depan sikit, tengok view laut China Selatan.

 Damai sungguh, dengar ombak dan terasa bayu layu singgah ke pipi. Hirup udara segar. Memang best tak terkata. SubhanaAllah... Alhamdulillah.

Ok jom masuk bilik semula, tengok apa lagi yer kemudahan yang ada.


  Ada cerek elektrik, ada 2 cawan lengkap dengan bahan asas nak buat nescafe atau teh. Ada 2 gelas dan 2 botol air mineral.  Buka pintu kabinet bawah ada mini bar atau peti sejuk kecil. 

Buka almari baju, ada sepasang bathrobe ( tapi kain cotton biasa- bukan material macam towel tu) 

Dan ada iron dan iron board.  Senang la nak iron baju =)


 Bilik mandi dan toilet yang bersih dan nampak baru. 


Toiletries yang di sediakan - Ada razor dan shaving cream, ada berus gigi, cotton-bud , shower cap, sanitary bag, shower gel, shampoo dan sabun. 

Amacam cantik tak bilik Grand Deluxe Seaview, Legend Resort Cherating ni?

Teruja tak nak bercuti kat sini?
Rate untuk bilik Grand Deluxe Seaview Legend Resort Cherating ini adalah RM520 untuk 2 hari 1 malam. 
Nak booking boleh klik >> BOOK ROOMS<<

Jom huda bawa korang berjalan di sekitar kawasan Legend Resort Cherating ni. 

First time pergi hotel yang ada 3 jenis pool. 

Ada Kids Pool,  Blue Pool dan Green Pool. 




- Kredit gambar yang cantik ni dari rakan blogger www.saidila.com

Memang luas dan puas sangat swimming di Legend Resort Cherating ni. Duduk 3 hari 2 malam di Legend Resort masih rasa tak puas nak swimming sebab penuh aktiviti. 
>> 15 Aktiviti Family Day KBBA9 di Legend Resort Cherating <<

Jom huda bawa korang cuci mata di Coconut Groove - iaitu restoren yang hidangkan makanan yang sedap2. 


Pelbagai pilihan sayuran-sayuran segar dan buah-buahan segar

Kambing Grilled yang juicy dan kuah blackpepper yang sedap. Teringat-ingat sampai sekarang..


Menu kegemaran yang paling tak dapat dilupakan. Udang besar-besar, fresh dan manis rasanya.  

Nak tengok lagi gambar makanan sedap-sedap di Legend Resort Cherating?
Boleh lawat facebook rakan blogger Nina Mirza >> Food Review di Legend Resort Cherating <<

Selain bilik hotel yang cantik, pool yang luas, makanan yang sedap, Legend Resort Cherating mempunyai tarikan utama pelancong kerana ia mempunyai 7 km private beach, 
dengan pantai yang landai dan air yang bersih. 

Pantai di Legend Resort Cherating juga lokasi terbaik untuk lepaskan anak-anak penyu. Seronok betul The Arifs dapat pengalaman pertama lepaskan anak penyu ke laut. 


Lokasi Legend Resort Cherating  yang terletak di pantai timur, menjadikan ia lokasi yang sangat cantik untuk lihat matahari terbit. 


Rindunya dengan Legend Resort Cherating ni...rasa memang kena datang holiday di sini lagi. 

Cherating ni bukan sahaja cantik tau, tapi unik. 
Nak tahu kenapa unik? 
baca ni >> Keunikan Cherating<<



Ok, sekian dulu review dari huda. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bilik boleh lawati dan hubungi :- 

Website : www.legendresort.com.my
Facebook : The Legend Resort Cherating
Instagram : legendresort.cherating


Contact Person : Encik Meor Amran (013-3319822)
Email : dos@legendresort.com.my / dos.legend@gmail.com


The Legend Resort Cherating
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan
Pahang Darul Ma'mur


" You can't stop the waves, but you can learn to surf " 


some_text

Post a Comment

8 Comments

Cantiknya Green Pool tu. Dan menarik sangat buaian untuk tengok sunset.
Mummy Audya said…
bestnye bilik tepi lauttt
Miera Hassan said…
cantiknya bilik.. cantiknya resort ni.. Ya Allah.. rugi tak pegi.. huhuhuhu.. lepasni nak ke sini jela..
Mohaz Sue said…
Best kan Huda dapat bercuti kat sini.. seronok sangat
mas saari said…
Best menginap kat sini, anak²lah paling suka dapat mandi kat kolam yang luas.
Huda Halid said…
Betul tu kak mas, memang best sgt.
Percutian yag snagat menyeronokkan kan.. bukan anak-anak je yang enjoy pool tu.. mak paknya lun enjoy sekali..
Anonymous said…
Grand Deluxe room is much much better than Junior Suite.