Hadiah terbaik untuk Anak.

Assalamualaikum. Salam pagi Isnin.

 Pagi isnin, ramai yang alami sindrom "monday blue", lemau jer kan nak pergi kerja. Alhamdulilah, pagi isnin ni huda semangat bekerja =)

Masuk office di rumah. Settlekan payment untuk domain blog customer dan kumpul data-data untuk siapkan blog customer.  Rehat sekejap buat kerja rumah dengan masukkan baju dalam mesin basuh.

Sementara tunggu sejam baju siap basuh , huda terasa nak menulis...

Menulis tentang hadiah terbaik untuk anak...



Pagi ni sebelum pergi sekolah Arif Haikal minta macam-macam. Rentetan minta dia baca Al-Quran semalam.

Minta naik flight, minta pergi hotel, minta belikan pensil warna baru...

Papa garu kepala sahaja dengar non-stop wish yang keluar dari mulut Arif.

Macamana ni, minggu ni memang kena baca Al-Quran setiap hari sebab minggu depan ada ujian baca Al-Quran di sekolah Arif. Walau cikgu mesej Arif dah pandai baca Al-Quran lancar dan tajwid betul, namun masih perlukan latihan setiap hari.

Setiap kali sebelum baca Al-Quran, memang liat sikit, kena pujuk dapat reward apa-apa baru Arif buka mulut membaca.

Arif Haikal....anak yang manja.. dalam manjanya, sangat beremosi, kuat cemburu dengan si adik, cepat marah... Sebalik kekurangan bab emosi, sangat bijak dan sangat rajin belajar.

Huda masih belajar memahami karakter anak-anak huda. Cuba sedaya upaya tidak membanding beza mereka berdua.

Huda ada baca dalam buku "Love Parenting" jika kita ada membuat perbandingan antara anak-anak,kita mencederakan emosi mereka. Kesannya anak akan memberontak dan mungkin akan hilang hormat pada kita kerana mereka rasa kita sebagai ibu bapa pilih kasih. Walau sekecil-kecil perbandingan seperti bangun pagi.. Contoh si adik senang bangun pagi, kita tegur si abang.." Abang cuba tengok adik bangun pagi senang jer.."


Setiap anak ada karakter tersendiri. Siapa lagi yang sudi memahami karakter mereka jika bukan kita sebagai ibu bapa mereka sendiri.

Ok huda kembali kepada topik utama yang huda ingin kupas tentang "Hadiah Terbaik untuk Anak"

Sebelum huda belikan apa-apa hadiah, huda baca dan buat rujukan dalam buku "Love Parenting" - Bab Belikan Anak Mainan.

Dalam bab ini, Dr Siti Ujila berkongsi tentang satu tips.

Tips sangat penting.

Terutamanya pada huda yang ada 2 orang anak, seorang yang kuat cemburu dan cepat merajuk.
Huda kena adil.

Semua benda kena beli dua, yang sama jenis, sama warna , sama kuantiti untuk elakkan adegan bergaduh dalam kereta.

Penting ke adil dengan anak-anak especially bab belikan hadiah ni?

Rasullah S.A.W ada memberi peringatan kepada kita semua.. Jika kita tidak adil kepada anak-anak, adakah mereka akan memberi bakti yang sama kepada kita? Jawapannya tentu TIDAK!

Hati yang terguris kerana sikap kita ibu bapa yang memgambil remeh perasaan mereka telah membentuk satu sikap yang kita sendiri akan tanggung.

Ok itu bab beli hadiah. Huda nak kongsi pula bab hadiah kasih sayang yang kita wajib berikan kepada anak-anak setiap hari.

"Di riwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Anas R. A :
Seseorang telah duduk bersama Nabi S.A.W. Tidak lama kemudian datang anak lelakinya. Dia pegang, lalu dia cium dan dia dudukkan di pangkuannya. Kemudian datanglah anak perempuannya, dan dia pegang dan dudukkan di sampingnya. 
Nabi bersabda, " Engkau tidak berlaku adil terhadap mereka berdua"

Dari hadis di atas, Nabi S.A.W juga berpesan kepada kita supaya adil dalam memberi kasih sayang. 

Setiap malam sebelum tidur, huda dan suami akan peluk dan cium anak-anak, dan kata " I love you , Arif.. I love you Adik.., dan mereka membalas semula. 

Hadiah kasih sayang dari kita untuk mereka, kemudian di balas dari mereka untuk kita tidak terungkap dengan kata-kata betapa bermaknanya...

Huda akan selalu berusaha...berikan hadiah secara adil..berikan kasih sayang secara adil... 

Ok....Balik sekolah ni konfem Arif tuntut hadiah dari huda dan suami..

Dalam kepala ni, ada satu jer hadiah terbaik untuk anak-anak yang huda nak berikan.....
" Family Holiday!!"  hadiah ni paling adil untuk anak-anak dan untuk mama yer sekali, hehe...

Menurut Parents.Com 

"Family holidays are valued by children, both in the moment and for long afterward in their memory"

Travelling with your kids can also be beneficial to their brain development. "An enriched environment offers new experiences that are strong in combined social, physical, cognitive, and sensory interaction," says child psychotherapist Dr. Margot Sunderland. "Think: family together in the pool, walking together through the forest, touching long tall grasses waving in the wind, toasting marshmallows on campfire, hanging out together under warm sun, feeling sand between the toes."

These experiences then turn on the genetic expression of key brain fertilizers in the frontal lobes, Dr. Sunderland explains, enhancing executive functions like stress regulation, attention, concentration, good planning, and the ability to learn, and also improving physical and mental health. "The brain fertilizers triggered in enriched environments are also associated with higher IQ in children," she said. "So, spend time exploring together in a new space, and you're making your child smarter."





InshaAllah semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga untuk holiday lagi bulan ini. Amin...

"We're parents first, and once you have kids, 
everybody knows that you have priority lists. 
Number one is your family and everything else just kind of finds its place."

some_text

Post a Comment

4 Comments

efie muhamad said…
Seronok bila bawak anak bercuti.. at least gi mandi kolam.. tu pun dah sakan dah diorang seronok..
Huda Halid said…
hehe, mandi kolam tu agenda wajib. Tengok kita packing swimming suit diorg dah teruja nak pergi holiday
waaaaa. good tip..... tapi k. azni anak sorang jer.. hahaha... dia jerlah yg dpt semua tapi.. still tak nak manjakan ngan hadiah ... takut jadi mcm anak ku sazali pulak ..
Huda Halid said…
hehe, tu la berpada-pada bagi hadiah. Reward jika diorg tunjukkan good manner dan dengar cakap kita. Kalau degil memang tak layan demand diorg ni