Tips JIMAT booking tiket flight AIR ASIA dengan BIG PREPAID MASTERCARD

Salam 9 Syawal 1438H , 3 Julai 2017.
Sedar tak kita dah half-way dalam tahun 2017 ni?
Macam-macam impian dan wishlist masih pending..... dan Alhamdulillah, banyak juga nikmat dan impian yang Allah dah makbulkan. Segala perkara yang terjadi Allah yang izinkan. Seandainya ada impian yang masih tertangguh tu, pasti ada hikmah yang Allah telah sediakan untuk kita. Maka bersangka baik setiap masa dengan aturan Allah. 
Ok, hari ni,Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, huda dah lepas booking flight holiday bulan Julai. Actually holiday bulan Julai ni, huda aturkan sempena birthday encik suami bulan lepas. Memandangkan bulan lepas teramat sibuk dengan sambut Ramadhan dan sambut raya , jalan sakan sana sini. 
Ke mana kita cuti bulan Julai ni??
.......................


Entry blog kali ni huda nk kongsi macamana huda boleh jimat berganda dengan AIRASIA.
Tips pertama untuk jimat adalah tempah tiket waktu promosi FINAL CALL - yang kebiasaannya AIR ASIA akan buat setiap awal bulan , tak silap isnin pertama setiap awal bulan. Macam hari ni, Isnin, 3 Julai 2017.
KLIK >> FINAL CALL AIR ASIA BIG
Owh ya, tawaran ni eksklusif untuk member AIR ASIA BIG  jer tau, jika korang masih belum jadi ahli, sila la register jadi ahli. 
KLIK >> SIGN UP AIR ASIA MEMBERSHIP
Alhamdulillah, dalam akaun AIR ASIA BIG, huda dah kumpul 4000++ points, maka huda boleh redeem 4 tiket pergi balik , cukup untuk kami 4 anak-beranak. 
Tiket free dah redeem, cuma perlu bayar tax dan travel fee. 
Ok sekarang huda nk kongsi TIPS Kedua huda jimat bila booking tiket flight air asia dengan BIG Prepaid Mastercard. 
Huda jimat banyak sebab bayar tax airport guna BIG PREPAID MASTERCARD
Flight booking processing fee FREE , tak payah bayar!! Yeay, jimat leh saving untuk booking hotel nanti.
Dah jimat kat tiket flight FREE sebab redeem point BIG, tambah jimat flight booking processing fee FREE
Jimat berganda-ganda kan?
Total cost huda perlu bayar hanya RM95.68 ( Passenger Service Charge & Tax GST)
tiket flight pergi balik untuk 4 orang. 
Ok settle tempah tiket flight Air Asia. Puas hati dan berbaloi- baloi sangat. 
Sekarang counting days nak enjoy 2nd flight with the Arifs.
16 days to go....
Semoga anak-anak sihat dan Allah permudahkan family holiday kita nanti. Amin..
 
some_text

Post a Comment

0 Comments