Seronoknya Shopping Kasut Raya di Bata

Alhamdulillah, hari ni nak kongsi kisah huda shopping kasut raya di Bata.

Kasut Jenama Bata ni huda dah kenal dan huda percaya mutu dan kualiti sejak kecil lagi. 
Jom huda kongsi sikit cerita pasal kasut bata. 

Pengasas kasut Bata adalah Thomas J. Bata yang berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu. Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.
Bersama-sama dengan ahli keluarganya Anna dan Antonin Bata, mereka bertanggung jawab kepada penubuhan syarikat ini yang kini menjadi satu fenomena dalam industri kasut.

Tahu tak ?
Sejumlah 14 bilion pasang kasut pula telah dijual dan dipakai oleh penduduk di serata dunia sejak dari awal penubuhannya sehingga kini.

Nak tahu lebih details sejarah kasut Bata ni boleh klik >> Lagenda Perusahaan Kasut Bata 

Jadi huda rasa ok apa raya pakai kasut Bata, harga pun affordable kan? Tak payah nak berhabis banyak untuk dapatkan kasut raya yang cantik dan berkualiti.

Ok, huda nak kongsi keseronokkan huda shopping kasut raya di Bata.

(Kasut kuning belah hujung kiri tu bukan kasut bata, tu kasut beli kat pasar payang jer ) 

Huda beli 3 pasang kasut di bata dengan harga RM1xx. Bukan setakat dapat kasut raya dengan harga mampu milik, huda dapat sehelai shawl dan voucher diskaun RM50 tau untuk pembelian seterusnya. 
 
Kasut comfort warna untuk mama dan papa, Abg Arif Haikal kasut oren, siap ada lampu. Kasut Adik hakim dah beli sebelum puasa hari tu, jadi yer adik hakim takde kasut bata raya ni. 
 
Promosi raya haritu, pembelian 100 ke atas, dapat shawl dan Voucher diskaun untuk pembelian seterusnya

Shawl satin corak ala-ala pucci , cantik sangat. Huda suka =)

Alang-alang dah dapat voucher diskaun tu, huda pon shoppingkan kasut sukan baru untuk suami dan adik Arif Hakim.Baguskan marketing Bata ni, upsell dan suruh customer return within certain period. Voucher valid sampai awal Julai jer. Jadi yer terbeli la kasut baru.

Harga dua kasut ni cuma RM97 jer lepas tolak voucher diskaun. 

Rasa berbaloi-baloi sangat shopping kasut raya di Bata tahun ini. 
 
Ok, sekian sharing keseronokkan bershopping dan berjimat dengan Bata. 
 
Beratus dah habis ke kasut jer bulan ni, tapi apa-apa pun puas hati dan seronok. 
 
Duit boleh cari kan? Tapi kegembiraan dan keseronokkan orang tersayang tidak ternilai harganya. 






some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.