Seronok tulis review di Trip Advisor

Hari ini huda nak kongsi tentang pengalaman menulis review di Trip Advisor .
Huda dah jadi member trip advisor Malaysia >> https://www.tripadvisor.com.my/<< sejak tahun 2015 lagi. 
 
Tapi baru tahun ini huda kembali aktif tulis review di Trip Advisor sebab huda suka kumpul point, naik ranking dan kumpul badges. 
 
Mari huda kongsikan serba sikit tentang point dan badges yang huda seronok kumpul bila menulis review di Trip Advisor.
 
Setiap review , huda akan menerima point. Point ini dinamakan TripCollective. 
 
"TripCollective is our enhanced contributor programme that recognizes you each time you add to TripAdvisor. Think of it as your travel community’s way of saying ‘thanks’ for helping us collectively travel better." - Trip Advisor


Hari ini huda dah berjaya 20 Badges dan point 2840, dan level 4 Contributor. 

Selain seronok kumpul point dan badges dari Trip Advisor, huda lagi seronok sebenar yer bila setiap hari Trip Advisor akan email inform berapa ribu orang dah baca review huda. 
Huda banyak dapat manfaat dari Trip Advisor terutama dalam memilih hotel nak stay bila bercuti di tempat baru yang belum huda pernah pergi. 

Jadi dengan menjadi Trip Advisor member ni, giliran huda pula memberi manfaat kepada orang lain. 

Jadi misi travel blogger ni, bukan sekadar bercuti luangkan masa bersama tersayang, tapi dalam masa sama bekerja, ambil gambar banyak-banyak, lepas tu buat review di blog, instagram dan Trip Advisor. 

Ok, sekian dulu coretan huda hari ini. InshaAllah banyak tempat target nak pergi berjalan tahun 2017 ni, dan huda akan pasti huda sentiasa menulis updated review untuk rujukan orang lain. InshaAllah.

 


some_text

No comments:

Powered by Blogger.