Motivasi untuk Puasa Enam di bulan Syawal

Salam 10 Syawal 1438 H. 

Dah 10 hari raya,ramai dah start bekerja dan mood raya pun dah cool down. bila masuk minggu kedua raya, antara waktu yang terbaik nak mulakan puasa enam di bulan syawal.

Nasihat huda , jangan bertangguh puasa enam hingga hujung bulan, nanti takut tak sempat nak habiskan enam hari.

Huda ada dengar ceramah tentang puasa enam di TV. 

Apa motivasi untuk puasa enam di bulan Syawal??



Tahu tak, Allah beri motivasi tebaik, terpulang pada kita nak rebut peluang keemasan ini atau tidak.

PAHALA PUASA SEPANJANG TAHUN

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya 
“sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” 
( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

MENAMPUNG KEKURANGAN 

Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

Jadi fikirkan sejenak....bagaimana puasa kita Ramadhan yang lepas... adakah kita tidak mahu memperbaiki puasa Ramadhan kita yang telah berlalu?

Adakah kita terlalu sombong untuk meraih peluang keemasan yang Allah beri kepada kita pahala puasa setahun.

Jom kita semua semua rebut peluang keemasan ini. 
Niat ikhlas satu, hanya kerana Allah.

Setiap apa kita buat, untuk Allah, untuk bekalan akhirat kita. 

Semoga Allah menerima setiap amalan kita. 

Selamat berpuasa enam di bulan Syawal untuk semua rakan-rakan blogger dan pembaca ceritahuda.com


some_text

Post a Comment

0 Comments