Inspirasi untuk menulis


“If there's a book that you want to read,

 but it hasn't been written yet, then you must write it.”


Salam hujung minggu di hari sabtu. Hari ini huda berehat jer di rumah, semalam dah spend sehari berjalan sakan. Malam tadi pun tidur lewat layan movie.

semalam huda movie date dengan encik suami, layan movie " Passengger" Layan movie kat rumah jer lagi syok =)


Lepas tengok movie ni, huda asyik teringat ayat dari Aurora Lane. 


Actually, ayat ni ayah Aurora yang beri pada dia, dan memberi inspirasi kepada dia untuk menjadi penulis. Dan paling best, ayah dia tulis tentang dia dalam buku. Jadi dia membesar dengan membaca cerita tentang diri dia sendiri yang ditulis oleh ayah beliau sendiri. So sweet to have father like her father right?

Huda ada macam-macam cerita, dan huda pilih jalan hidup out of ordinary path that normal people might think. Dari hidup di kota, huda pilih hidup di kampung tepi pantai. Dari kena hadap jem pagi2 pergi kerja, huda pilih duduk dirumah, jaga anak-anak dan uruskan bisnes suami dari rumah. 

Huda nak anak-anak huda realize one day...
Mama sacrifice most of everything just to take care both of My Arifs.
 Dan cuba sedaya upaya taknak susahkan orang lain jaga anak-anak mama selagi mama mampu. InshaAllah. Dengan izin Allah. 

Anak-anak adalah inspirasi huda untuk terus menulis.
 Kerana wujudnya mereka, huda suka travel sebab nak bagi mereka lihat keindahan alam dan mencipta kenangan yang berharga untuk kami ingat. Setiap kali travel, walau dekat, pasti ada cerita dan memori untuk huda tuliskan. Kadang-kadang untuk simpanan peribadi, dan ada yang huda memang tujukan pada orang lain dengan niat semoga penulisan huda membantu dan memberi inspirasi. 

InshaAllah lepas ni, nak usahakan tulis buku tentang hidup anak-anak huda. Nanti korang dah besar boleh baca. Sekarang Arif dah pandai menulis dan membaca, rasa nak pupuk minat dia menulis cerita dari sekarang. 


Best sebenarnya menulis dari hati, ibarat melukis satu potrait. 

InshaAllah, semoga huda akan terus menulis dari hati, berkongsi pengalaman dan cerita yang satu hari ia akan memberi manfaat kepada sesiapun yang membaca. 


So, get up and do something out of ordinary. 
So u have extra-ordinary story to tell.

some_text

No comments:

Powered by Blogger.