Forest City Sales Gallery yang Cantik!

Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi pengalaman huda kunjungi Sales Gallery di Forest City.
Rupa-rupanya ramai orang datang berkunjung ke sini sebab banyak tarikan menarik di sekitar Sales Gallery Forest City.







Huda sampai sini lepas siap main Slide The City. Badan pun dah terasa letih,tapi anak-anak excited tengok kemudahan yang ada di sini.

Jom tengok video ini. Perancangan pembangunan Bandar Forest City.




Besar sangat sebenar yer, huda sempat rakam 10% jer rasa yer..

Biasa la kena kawal the arifs, tak boleh fokus nak amik video lama2. Kalau tengok real mesti korang teruja.


The Arifs memang teruja tengok replika bangunan siap berlampu, tinggi-tinggi pulak tu. Arif siap minta nak masuk dalam tu.. huhu, terus pak guard tiup wisel sebab pegang dinding lutsinar tu. 



Ok lepas cuci mata tengok model bangunan, masa melayan anak2 main.

Di sini ada sediakan playground untuk anak2 main. Suke la the Arifs. Main sampai tak nak balik.




Pergi bahagian sebelah main lompat-lompat trampolin. Confuse betul, bertenaga ajer anak-anak ni, huda bateri dah tinggal suku jer lepas main Slide The City pagi tadi,



Jam dah pukul 11 lebih, huda dah kalut fikir nak packing barang nk cek out.

Datang pula En.suami bagitau, bahagian bawah lagi best.
Ish rugi ni kalo tak pergi tengok.









Huhu... Kenapa la jumpe tempat best ni masa nak balik dah... Dapat cuci mata jer la. Memang tak sempat nak posing amik2 gambar tepi pantai buatan di Forest City.

Teruskan perjalanan menuju ke hotel. Kami lalui Harbour Commercial Street. Tempat yg semalam Kami dinner Marry brown.








Jauh juga berjalan ada dalam 15-20 minit dengan layan drama The Arifs ni.

Sesiapa yang nak berkunjung ke Forest City, cari jalan menuju ke Forest City Sales Gallery, di sini la macam2 attraction untuk anda nikmati. 
View yang cantik dan kolam renang kanak2. Serta ada aktiviti sukan air. 
(Huhu, still tak puas hati sebab tak dapat try semua ni!)

Ok. Sekian sharing huda Kali ini. Nanti cerita huda bawa The Arifs melawat Zoo Johor.

some_text

Post a Comment

0 Comments