Tema Raya 2017

Salam Syawal ke 6 hari ini. Tidak terlambat rasanya untuk huda ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin.

Alhamdulillah, dengan izin Allah selamat sudah kita semua sebulan berpuasa dan menyambut hari kemenangan pada bulan Syawal tahun 1438H. 

Apa tema raya korang tahun ni?

cerita huda raya ni, macam-macam tema warna ada. 

1 Syawal warna kuning.

2 Syawal warna merah.

3 Syawal warna biru.

4 Syawal warna putih. 



Alhamdulillah, rezeki anak-anak, dapat 4 pasang baju baru raya tahun ini. 


Baju first Syawal tu huda beli siap di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu. Ramai juga yang berkenan dan tanya mana huda beli baju kurta kuning untuk the Arifs. 
Kain pun jenis material cotton yang lembut, cutting pun cantik, dan yang paling penting jahitan pun kemas. Harga memang la terlajak murah kan sebab beli di Mydin. 

Special thanks to dearest adik ipar yang tolong shopping 3 pasang baju the arifs di Padini Pavilion few days sebelum raya. Huda sibuk sangat siapkan order Projek Raya Golden Almond Crunchy memang tak sempat nak shopping cari baju sedondon anak-anak. 

Ok raya pun dah nak seminggu, hasil duit raya anak-anak pun dah tebal. 

Nanti next post huda - PERKARA WAJIB BUAT LEPAS RAYA!!

some_text

No comments:

Powered by Blogger.