Resepi Satay Ayam

8:02 am
Salam 24 Ramadhan 1438H.

Hari ni huda sibuk cari resepi satay. Kebiasaannya, mak mertua huda tempah sahaja satay yang dah siap cucuk. Nanti waktu raya tinggal bakar jer. 

Tapi sedia maklum, kos barang semua naik maka harga satay yang ready made haruslah naik juga. 
Mak mertua huda kata tak buat tempahan satay tahun ni, maka inilah masa huda nak tunjuk skill huda buat satay.

Jom huda kongsikan resepi untuk buat satay sendiri di rumah. 
Resepi kredit kepada rakan facebook huda iaitu Puan Zuera Burn

Bahan-Bahan

  • 1 kg daging ayam
  • 3 sudu besar madu atau gula merah
  • Bahan Kisar
  • 3 cm lengkuas
  • 4 cm halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai - hiris ambil bahagian putih sahaja
  • Bahan Sangai
  • 3 sudu besar biji ketumbar - disangai dan ditumbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan putih - disangai dan timbuk halus
  • 2 sudu besar biji jintan manis - disangai dan tumbuk halus
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Bahan Minyak Untuk disapukan semasa bakar
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar air
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji buah keras - ditumbuk
  • satukan semua bahan kecuali serai dan kisar halus serai yang telah ditik perdunya digunakan sebagai berus untuk merejis minyak atas daging.
  • kayu lidi secukup dan direndam semalaman ini agar lidi tidak hangus semasa proses membakar

Cara Buat Satay Ayam

1. potong daging berbentuk kiub kemudian cuci dan toskan airnya. sementara itu kita sangai bahan-bahan tadi dan kisarkan juga semua bahan kisar. 

2. siapkan bekas kemudian masukan daging ayam yang sudah dipotong tadi bersama madu dan gaul rata. masukan bahan kisar dan bahan sangai ke ayam tadi dan perasakan dengan gula dan garam. kemudian gaul lagi.

3. perap ayam selama lebih kurang 3 jam di dalam freezer. tetapi, bila semalaman itu lebih baik sebab bahan perapan lebih meresap ke dalam daging.


Selamat mencucuk satay! 

Semoga huda berjaya siapakan satay sebelum raya lagi beberapa hari sahaja lagi.


some_text

No comments:

Powered by Blogger.