Weekend Sweet Escape at Beautiful Terengganu #MYTRAVELADVENTURE

Setiap hujung minggu, huda ada sahaja plan nak berjalan! Huda memang kaki jalan dan suka adventure. Hari ni huda kongsikan #MYTRAVELADVENTURE di Beautiful Terengganu. 


Dengan tema "Weekend Sweet Escape" , jadi huda habis masa hujung minggu yang singkat bercuti di Kuala Terengganu. Huda booking hotel area bandar Kuala Terengganu yang dekat dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. 

Huda survey-survey hotel area Kuala Terengganu yang dekat dengan masjid. Huda suka stay di hotel dekat dengan masjid,sebab boleh bawa anak "mosque tour" , didik anak-anak supaya travel mana2 pastikan singgah masjid untuk solat jemaah. Best yer bila dekat dengan masjid, Azan subuh boleh dengar dan boleh terus pergi masjid.

Lepas survey di Traveloka, dan ada promosi Traveloka, huda terus booking hotel Grand Puteri.
Macamana nak booking hotel di Traveloka dan redeem kupon untuk jimat?
KLIK >> https://www.traveloka.com/en-my atau boleh download apps Traveloka di Playstore.

Huda suka sangat booking hotel dengan Traveloka ni sebab dapat hotel dengan harga yang jauh lebih murah dari rate asal. Tak percaya? KLIK DISINI 

Kenapa huda pilih Grand Puteri Hotel?
1) Lokasi hotel yang sangat dekat dengan masjid. Huda sekeluarga jalan kaki jer g solat subuh dari hotel.
2) Lokasi hotel yang dekat dengan Pasar Payang, Kampung Cina, Bukit Puteri Dan Pulau Warisan. Semua ni tempat huda pergi sepanjang menginap di Grand Puteri Hotel
3) Ada swimming pool yang selesa untuk huda sekeluarga.
4) Harga yang sangat-sangat berbaloi! 
Cuba tengok ni berapa harga huda bayar untuk bilik yang selesa untuk huda sekeluarga. ( Thank you Traveloka bagi kupon jimat ni! happy sangat!)




Ok jom layan gambar "adventure" cuti-cuti di Beautiful Terengganu ( memang adventure sangat kan, travel dengan 2 anak lelaki yang suka berlari sana sini, fuh~~ yang dah jadi parent mesti faham sangat)

Day 1

Check in hotel dalam pukul 5.30 petang. 
Anak-anak memang dah tak sabar nak main air di swimming pool. 
Maka aktiviti pertama adalah Swimming =)


View swimming pool dari bilik kami di tingkat 4



Nak tahu apa disebalik dinding tu? 
Jawapannya....adalah 
Swimming Pool untuk wanita.


baguskan? ada pemisah antara swimming pool lelaki dan wanita. Tapi dah berkeluarga ni, huda join jer la swimming di bahagian lelaki, dan time ni kami jer anak beranak main air. Tu yang best check in hari Khamis petang, orang tak ramai lagi. 

Lepas swimming kami semua naik bilik, mandi dan siap2 pergi solat maghrib jemaah kat Masjid Putih atau Masjid Abidin.


Gambar kredit to Visit-Terengganu.net

Lepas solat kami makan KFC yang berdekatan dengan masjid putih dan berhadapan dengan Hotel Grand Puteri. 

Perut kenyang, hati senang, maka teruskan meneroka keindahan Kuala Terengganu di malam hari.

Kami berkunjung ke Pulau Warisan. Di sini ala-ala i-city.





Tengok Arif ni, main dengan bayang-bayang dia, seronok la tu dapat berjalan tempat tak pernah pergi.





penat berjalan boleh juga makan masakan panas di sini. 

Day 2

Seawal subuh, kami berjalan kaki menuju ke Masjid Putih yang terletak 200-300m (anggaran jer ni, tapi memang dekat pun)

Selepas solat subuh berjemaah, kami pulang ke hotel. Bersiap-siap untuk meneruskan "adventure" 
Sebelum berjalan, jom makan dulu. Macam-macam makanan pagi yang terhidang di Hotel Grand Puteri.





First time jumpa ubi keledek rebus kat hotel.





Yeay, ada nasi dagang! Special ada kat terengganu jer tau

 Ok dah kenyang perut, boleh berjalan ronda-ronda bandar Kuala Terengganu.
Tempat wajib pergi untuk aktiviti photoshoot adalah Kampung Cina. 
Jom cuti mata street arts di sekitar lorong-lorong di Kampung Cina.













Di kampung cina ini juga love lock ala-ala kat Korea tu. 

Next adventure, mendaki naik Bukit Puteri.
Jom enjoy view dari atas Bukit Puteri ni, cantik sangat dapat tengok permandangan bandar Kuala Terengganu.









Ini singgahsana masa dahulu Sultan Terengganu bersemayam. Hari ni budak-budak ni berlari-lari atas ni.



Meriam dua- beranak yang unik di atas Bukit Puteri.

Setakat ini sahaja #MYTRAVELADVENTURE kali ini di Kuala Terengganu. 
InshaAllah next time huda bawa anak-anak pergi adventure lagi, banyak sangat tempat best kat Malaysia untuk diterokai bersama yang tersayang. 

Last but not least , terima kasih Traveloka selalu bagi kupon untuk huda jimat setiap kali travel.

Dengan traveloka anda boleh booking tiket flight dan booking hotel dengan sangat mudah, dan yang paling penting JIMAT! 
KLIK  untuk tempahan hari ini juga! >>  https://www.traveloka.com/en-my <<




No comments:

Powered by Blogger.