Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest - Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum dan Salam 3 Ramadhan. Alhamdulillah sudah  masuk hari ketiga semua umat islam menempuh Bulan Puasa.

Sebagai ibu dan isteri, satu task wajib buat bila tiba bulan puasa adalah sediakan menu untuk juadah berbuka. Menu berbuka bukan sahaja makanan yang sedap tetapi mestilah berkhasiat.


Di kesempatan ini sambil berkongsi resepi juadah berbuka kegemaran huda sekeluarga, huda join Lazada Ramadhan Blogger Contest. Untuk Minggu Pertama dengan Tema - Delicious Ramadhan. 


a. What are your favorite Iftar dishes?

Hari ini huda nak kongsi juadah kegemaran ketika kami berbuka puasa iaitu Ayam Bakar Ala Kenny Rogers.

Huda paling suka buat juadah berbuka puasa yang konfem licin. Suami dan anak-anak suka ratah ayam. Jadi buat seekor ayam bakar ala Kenny rogers ni memang berbaloi-baloi sebab habis, takde la membazir.

b. Share the recipes of the dishes 

RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS 

Sediakan bahan-bahan berikut:-
  • Seekor ayam (berat kira-kira 1.5 kilogram)
  • Ayam (1.5kg)
  • 2 inci Halia (dikisar)
  • 3 btg serai (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 kiub pati ayam
  • 4 sudu makan madu
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan minyak zaitun
Cara-cara
  • Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar sehingga halus.
  • Campurkan dengan madu, minyak zaitun, garam, sos tiram, dan kiub pati ayam.
  • Ratakan bahan perapan pada seluruh permukaan ayam.
  • Perap ayam sekurang-kurangnya lima jam atau semalaman supaya bahan perapan meresap sempurna.
  • Bakar ayam dengan suhu 200 darjah celcius sehingga masak.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi ataupun roti

 

  Tips 
- Sapukan mentega selepas 30 minit ayam dibakar, kemudian masukkan semula ke oven bakar selama 10 minit.
- Bakar ayam bersama kentang yang boleh dijadikan side dish.

c. What kind of products can you find on Lazada’s platform to help you prepare the dishes?

  Antara produk pilihan huda di Lazada adalah
Multicooker ni. Senang,mudah dan cepat untuk panggang ayam


Selain itu, di Lazada huda juga boleh beli groceries seperti pati ayam Knorr dan juga marjerin Planta yang di gunakan dalam menyediakan Ayam Panggang Ala Kenny Rogers.




Seronokkan macam-macam ada kat Lazada.  Sekarang ada promosi sempena bulan ramadhan dan raya yang bakal tiba ni iaitu Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya Sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang bermula dari 19 Mei sehingga 30 Jun. Jangan lepaskan peluang untuk shopping sambil berjimat dengan Lazada sebab ada diskaun istimewa sehingga 90%!!! 

Kepada rakan-rakan blogger jangan lepaskan peluang join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest ni, InshaAllah murah rezeki nanti Lazada bagi shopping Voucher.
KLIK untuk ketahui info lanjut >> LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST <<

No comments:

Powered by Blogger.