Movie Review : SPLIT



Related image




Rutin setiap malam hari minggu layan movie kat rumah. Download guna torrents jer. 

Minggu ni huda dan suami layan Movie - SPLIT. 

Ada ke orang yang mempunyai 23 personaliti? Mula-mula baca kat poster movie ni pun dah rasa curious nak tahu macamana jalan cerita yer.

Cerita yang penuh konflik, twist dan ada hikmah yang  buat huda terfikir sampai hari ini.

Movie SPLIT ni pasal seorang lelaki yang bernama KEVIN yang mengalami masalah DID (Dissociative Identity Disorder).
Apa tu DID?
Dissociative identity disorder (previously known as multiple personality disorder) is thought to be a complex psychological condition that is likely caused by many factors, including severe trauma during early childhood (usually extreme, repetitive physical, sexual, or emotional abuse). 

nak tahu lebih lagi KLIK SINI

Walaupun si KEVIN ni nampak jahat dalam cerita ini sebab culik 3 orang perempuan ( salah seorang perempuan yang dia culik pun mangsa dera dan rogol sejak kecil) tapi kesian sangat sebab dia mangsa dera oleh ibu dia sendiri.

Besar impak kes dera pada emosi kanak-kanak hingga melibatkan perkembangan emosi dan mental mereka terjejas dan berlakulah DID.

Lebih menakutkan dalam cerita ni, bila karakter ke 24 muncul - karakter THE BEAST. Otak manusia yang kawal fizikal kan? Bila otak start menggila, fizikal pun boleh berubah. 

Satu lagi watak, CASEY salah seorang perempuan yang kena culik oleh Kevin. Dia mangsa dera juga. Dia bijak handle situasi hingga saat akhir. Dia seorang tak mati, sebab Kevin sedar yang Casey pun sama macam dia, mangsa dera sebab tengok badan casey penuh scar. 

Overall dalam cerita ini, beri satu pengajaran buat huda. 
Jadi ibu yang baik. Jangan tengking2 panggil nama anak. Sebab bila ibu marah ni, menganggu proses perkembangan emosi dan mental mereka. 

Bila huda kenang balik dah 4 tahun lebih hidup besarkan Arif, banyak kali marah dan terpukul dia sebab hal-hal simple yang budak2 akan buat, sebab diorang tak boleh fikir "cause and effect" dengan tepat.

Ya Allah, huda menyesal. Huda dah "dera" secara tak sedar. Walau pun huda tak de la dera sampai pukul lebam2, tinggal scar bagai. Tapi kemarahan, suara yang menengking dah cukup mendera emosi seorang anak kecil.

Anak itu adalah UJIAN. Bagaimana huda handle "UJIAN" ini?

Ok panjang lebar plak, review movie SPLIT ni, hehe.
Huda memang suka cari pengajaran dari apa huda lihat, sebab Allah bagi kita petunjuk dari arah yang kita tak sangka. 

Semoga apa huda kongsikan hari ni membuka mata kita. Kawal marah kita, terutama pada anak-anak kecil. Jangan biarkan emosi mereka terjejas dan berlaku masalah mental di kemudian hari.


Terima kasih pada orang yang buat movie SPLIT ni, bukan sekadar cerita biasa. 

Bertemu lagi kita movie review akan datang, Insha Allah.


No comments:

Powered by Blogger.