Percutian Pertama Tahun 2017 di Sutra Beach Resort

Alhamdulillah.  Syukur Allah izinkan kami sekeluarga bercuti 2 hari 1 malam di Sutra Beach Resort, Merang, Setiu,  Terengganu.



Tarikan utama yang buatkan huda nak sangat pergi sini adalah swimming pool yang luas dan cantik.
Kalo dulu bercuti berdua memang tak fikir pun swimming pool Ada ke takde, tapi sejak dah berempat dengan the arifs ni, wajib Ada swimming pool. Lagi cantik lagi besar, mesti la arif lagi suka.






Percutian kali ini sempena nak rehatkan otak sekejap. Kerja pagi petang siang malam, perah otak buat kerja. Otak pun Ada masa nk rehat Kan? 

So give time to myself and my family. Fokus 100% masa bermain dengan the arifs. Hari ni jer, esok balik masuk office semula.

Selain tu nk reward arif yang sangat2 behave week 3 School. Syukur sangat. Drama pagi pergi sekolah takde dah. Sekarang semuanya mudah dengan izin Allah. Arif pun ajak g hotel jer, ajak swimming. 
Kebetulan Traveloka bagi kupon, so boleh jimat sikit.

Nak tahu berapa harga huda bayar untuk holiday kali ni. Rujuk >> DISINI<<

Ok review hotel ni, huda bagi 3.5 star out of 5.

Kolam renang best, cuma, agak kurang bersih. maklum la tengah musim hujan, banyak dedaunan dalam pool.

Dari segi design bilik, ok, nice tepi pantai, dari atas katil boleh dengar ombak dan bila buka pintu sliding, bayu laut masuk bilik, memang mendamaikan.

Segi kebersihan kurang sikit. Hotel ni mungkin agak lama, bau kayu lantai bilik dan almari agak kuat.
Ok jom layan gambar2 yang huda amik di sekitar hotel. 












Cantikkan view di Sutra Beach Resort? Bila huda stay kat sini, huda pasang niat nanti mak abah datang cuti-cuti teganu, nak belanja mak abah stay sini. InshaAllah.

Nak tau lebih lanjut boleh layari website hotel >> http://sutrabeachresort.com.my/<<

Ok, sekian perkongsian huda percutian pertama untuk 2017. Habis dah bercuti, rasa tak puas bercuti 2 hari 1 maam jer, next time kne cuti lama sikit. InshaAllah. Habis dah cuti, sedih pun ada.
Penutup tirai renungkan "quotes of the day" dibawah. Bertemu lagi di artikel akan datang.


Nak huda buat review tentang hotel atau pakej percutian ??

Boleh emel ke >> mamarif0212@gmail.com<<


Post a Comment

3 Comments

Unknown said…
assalamualaikum...
nk tanya mana lg best Pandan Laut Resort ke Sutra Beach Resort???
Unknown said…
assalamualaikum...
nk tanya mana lg best Pandan Laut Resort ke Sutra Beach Resort???
Huda Halid said…
Waalaikumsalam, pengalaman saya dua2 lokasi ada pro and cons. Jika suka duduk di chalet , boleh pilih di pandan laut, jika nak duduk di bilik hotel boleh pilih Sutra bech resort. Di sutra beach resort, view lebih cantik dan infinity pool yang luas