The Arif Mosque Tour - Masjid Kristal

Alhamdulillah.. 

Misi huda nak bawa Arif ke Masjid Kristal tercapai juga akhirnya.
Sebenarnya minggu lepas lagi plan nak pergi Masjid Kristal, dah siap2 naik kereta setengah jam sebelum maghrib.. 

Tapi perancangan Allah lebih hebat. 
Masuk kereta dan hujan sangat lebat.  Terpaksa cancel plan.
Alhamdulillah,  hari ini Allah izinkan kami sekeluarga solat di Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Arif Haikal yang malu-malu bila suru bergambar. nampak tak kelibat dia disebalik Papa. 


Tengok la gelagat si arif ni bila ajak bergambar.


Finally dapat juga wefie kami ber4.


Alhamdulillah. 

Masjid. Bukan sekadar berkunjung ketika Ramadhan, Solat Hari raya, tapi jadikan ia destinasi kita sekeluarga, bila-bila masa. Biasakan dan didik anak-anak kita supaya hati sentiasa teruja dan suka pergi ke masjid.

Ini misi huda, demi anak-anak tersayang.



No comments:

Powered by Blogger.