Birthday Trip For Arif Hakim 2 years

11:54 am
Alhamdulillah, plan birthday trip ke Aquaria KLCC sempena  birthday boy masuk umur 2 tahun, 10.10.16 berjalan lancar.

Special Thanks to Mak long Fatin Nabila dan Ayah long Alif sebab bagi diskaun tiket 20% Aquaria, KLCC dengan adanya kad staff PETRONAS =)

Total kos untuk masuk ke Aquaria untuk kami berempat, RM99 sahaja. Mama dan Papa , RM35 seorang, Arif Haikal RM29, birthday boy Arif Hakim FREE (hehe, bukan sebab birthday dia masuk FREE, tapi sebab umur below 3 years)

Throwback Mama Papa pergi Aquaria , KLCC masa Mama lepas pantang Arif Haikal, tahun 2012. So almost 4 years.


Banyak juga penambahan tempat menarik dalam Aquaria ni, antaranya Shipwreck dan Station Aquarius









Mama super duper happy tengok The Arifs enjoy tengok ikan, especially time jalan di terowong dan boleh Nampak macam-macam ikan besar-besar.
Arif hakim mula-mula takut, tapi lama-lama dia excited tak nak balik.
Arif Haikal lagi la, nak patah balik nak buat 2 round plak yer. 
Jom cuci mata layan karenah the Arifs dalam Aquaria, KLCC.














Station Aquarius
KLIK untuk lebih info >> STATION AQUARIUS <<









Alhamdulillah, syukur Allah izinkan anak-anak mama enjoy 1st experience lawat Aquaric, KLCC.
So, mama boleh la berangan next holiday trip anak-anak mama tahun depan.

Mungkin kita pergi snorkeling di Pulau Redang , dapat tengok ikan secara live. ( InshaAllah doakan impian mama ni tercapai)

Mama suka the Arifs exposed dengan nature, supaya diorang hargai keindahan alam ciptaan Allah.
Ok, sekian dulu coretan Mama Arif kali ini.

Akhir kata, hargai setiap saat anak-anak kita ketika usia kecil, abadikan kenangan terindah bersama mereka, kerana masa itu akan terus berlalu, tinggalkan kita. Namun kenangan indah akan kekal selamanya.   Enjoy your precious life with your lovely kids today =)

No comments:

Powered by Blogger.