Samperit Vs Almond Crunchy

12:45 am
Hobi huda adalah memasak kuih-muih. Rasanya menurun minat dari mak huda. Ok, huda nak kongsi hasil baking hari ini.

Ada dua kuih huda buat hari ini. 

1 - Kuih samperit dahlia. 

Huda ambil resepi dari blog tiffinbiru.com

Ini resepinya.



2- Kuih Almond Crunchy.

Kuih paling senang nak buat. 

Hanya perlukan badam keping, kuaci dan tepung florenta. Tak payah susah-susah nak pukul telur, asingkan telur kuning, sukat marjerin dan macam-macam step nak buat kuih yang lain. 


Huda campurkan semua jenis kuaci ( ada kuaci putih, biji matahari, biji labu hijau) campur dengan badam keping. Bakar 5 min di oven dengan suhu 160 degree selama 5 minit. 


Kemudian campur dengan 250g tepung Florenta ni. Gaul sebati, kemudian letak dalam loyang, nipis-nipis, kemudian bakar selama 10 minit, dengan suhu 160 degree. 


 Ini lah hasilnya projek membaking petang tadi. Juadah supper malam ni, dihidang bersama kopi tarik kegemaran en.suami.

 

Puas dan happy dapat baking hari ni. Tq so much en.suami, belikan oven baru , belikan segala bahan baking. semoga Allah sentiasa murah rezeki B sebab selalu bahagiakan isterinya ni =)


Ok, sekian dulu kongsi resepi hari ni. Esok kita main masak-masak lagi =)


No comments:

Powered by Blogger.