Kuasa Review di blog.

1:03 am
Huda suka baca review di blog blogger-blogger sebelum beli sesuatu atau sebelum pergi holiday mana-mana.

Tahu tak kuasa "review" di blog?



Huda nak kongsi satu artikel tentang kuasa "review" dalam menentukan hala tuju sesuatu bisnes itu. 
KLIK DISINI untuk baca artikel penuh.

- 79%  pengguna membeli sesuatu produk di pengaruhi online review ( ulasan / review produk di blog dan laman sosial)
-  90%  keputusan membeli sesuatu produk di pengaruhi oleh review di atas talian.
-  85% pengguna membaca ulasan produk sebelum membeli.
- 67% pengguna membaca sekurang-kurangnya 6 ulasan sebelum membeli dengan membanding beza kebaikan dan keburukan sesuatu produk.


Setelah huda tahu tentang kuasa review oleh blogger ni, buat huda lebih rajin nak buat review setiap apa yang huda guna, makanan yang huda makan dan tempat yang huda kunjungi. 

Niat huda nak kongsi review dan membantu secara tidak langsung kepada bisnes orang lain. Semoga perniagaan anda terus maju jaya dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi.

Banyak queue review huda nak buat ni, antaranya Review pending ni, review produk Ledang Muar, review hotel dan macam-macam lagi.

Selain huda kongsi review di blog, huda juga ada kongsi review di Trip Advisor.  Ni update tripcollective dari team tripadvisor. Alhamdulillah, dah 7k orang orang baca review huda di web tripadvisor =)


Seronok menulis review, berkongsi rasa, berkongsi cerita dan paling seronok ianya memberi impak pada bisnes orang lain. 

Ok, nak cari idea tulis review best2. bye =) Jumpa lagi di post blog akan datang.
Post a Comment
Powered by Blogger.