Jalan-Jalan KL Part 3

Destinasi ketiga untuk trip ke Kuala Lumpur Januari 2016 yang lepas adalah Times Square. Last pergi sini 4 tahun lepas. 


Mula-mula masuk kita posing kat centre court. Ada big monkey sempena sambutan Chinese New Year.  


Jalan - jalan lagi terjumpa Tiny Taipei dalam Times square ni, Macam-macam ada jual barang-barang comel.


Bawa arif tengok orang main archery.






Favorite arif tengok orang main boling. nak main kecik lagi, pegang bola pun tak larat, hehe


Next mission, bawa Arif tengok roller-coster dalam taman tema indoor terbesar di Asia ni. Kita tengok jer la, nak main korang tak pandai lagi. 


Arif siap ajak kawan baru dia Si Minion duduk sekali tengok orang main. 





Ini tempat kami lunch di Times Square. Betul-betul depan GSC. Baca SINI Review Assam Boy Cafe Times Square.


Deco comel dalam kedai makan Assam Boy yang buatkan arif tak tahan nak usik. Hehe....


Attraction baru yang huda baru jumpa di Times Square adalah tangga. Tangga ni special tau, bukan tangga biasa.


Perasan tak tangga ni warna dan susunan macam piano?



Betul! Inilah tangga piano. Naik atas tangga akan hasilkan bunyi piano. Menarik kan?



Bawah tangga ni pula ada benda alah ni. pijak dan berubah bentuk. Macam ada air dalam mozek tu. Budak-budak memang suka la main lompat-lompat tengok bawah. Bagi diorang menarik sangat dah tu =p. 


Ok, dah puas main, jom kita balik. 


on the way nak balik, tepi escalator, ada list restoran dalam Times Square. Tu dia, nak makanan Asian ada, western ada, Fusion ada, fast food ada , specialty food pon ada. Kalau rasa nak makan macam-macam, boleh la singgah Times square ni.

Ok, sekian dulu entry jalan-jalan KL bulan Januari 2016 ni. Next trip pergi KL lagi, inshaAllah nak pergi Zoo Negara dan Aquaria pula =) 




Post a Comment

0 Comments