Travelog Januari - Jalan-jalan KL



Target huda setiap bulan pada tahun 2016 ni, nak bawa anak-anak jalan, setiap bulan satu destinasi menarik untuk mereka travel. Bila anak-anak gembira, huda rasa bahagia sangat.

Ok, travelog Januari 2016, huda dan suami bawa anak-anak jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur memang banyak tempat menarik, kalau nak pergi semua memang tak larat. 

Untuk trip Januari 2016 ni huda bawa anak-anak ke Tasik Titiwangsa, Times Square dan KLCC.




1. KLCC 

Layan telatah anak-anak tengok big christmas tree di KLCC. 





Lepas tengok view cantik di luar KLCC, bawa the arifs tengok christmas decoration yang cantik2 dalam ruang legar KLCC.








Sayang anak-anak mama ni. Nak bergambar dengan the arifs ni memang la mencabar.



Selfie kami yang pertama di tahun 2016. 




Susah kan nak bagi the arifs ni tengok camera. Walaupun susah, mama gigih nak juga berselfie berempat ni. 



Arif masih lagi tak puas tengok deco-deco comel dalam KLCC ni.




Adik Arif Hakim pun nak posing sekali. 

Ok, mama cepat-cepat ajak semua keluar ke taman KLCC sebab nak tengok air pancut berirama . Favourite port mama dan papa masa bercinta dulu-dulu. 



Teruja arif tengok air pancut yang cantik berserta lagu yang rancak. 






Family selfie again =)






Suka yer tengok arif happy dan teruja =).





Cantikkan big christmas tree di KLCC ni. Next year wajib pergi lagi sini awal tahun.


Lepas tengok pertunjukan air pancut berirama tadi, masuk dalam semula. The Arifs takpuas lagi tengok decoration christmas yang cantik.










Ok. misi mama nak bawa the arifs jalan2 KLCC dan tengok pertunjukkan air pancut berirama dah tercapai. Next mission keesokan harinya kita jalan2 ke Tasik Titiwangsa pula. 

>>> Jalan-jalan KL Part 2 




































































No comments:

Powered by Blogger.