Jejari Ikan Dori "Crunchy"

10:48 am

Hari ini huda nak masak ikan dori yang huda beli semalam kat Mydin Mall, KT. Lama dah tak masak ikan dori ni, tak silap dah 4 tahun. Google resepi apa yer nak masak ikan dori hari ini. Kena masak ikan yang the Arifs ni makan. Huda nak cuba resepi baru yang huda tak pernah buat, iaitu Jejari Ikan Dori " Crunchy".
Resepi asal huda ambil dari blog Madiha. Huda ubah ikut suka dan ikut bahan apa yang available dirumah.
Bahan-bahan
  • 1 paket fillet ikan dori
  • Garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
  • Tepung beras secukupnya
  • 1 biji telur
  • Bread crumb secukupnya
  • Minyak utk menggoreng
Cara-Cara
  1.  Ikan dori dinyahbeku kemudian di basuh bersih dan lap kering dengan kitchen towel.
  2.  Potong fillet ikan dori dalam anggaran 1 inci setiap keping.
  3.  Perap jejari ikan dori bersama garam dan kunyit dan lada sulah beberapa minit.
  4. Golekkan jejari ikan dori ke dalam tepung beras bagi tiap2 keping sehingga habis
  5. Pecahkan telur dan pukul sedikit.
  6.  Celup sekeping jejari ikan dori ke dalam telur dan terus golekkan ke atas bread crumb sehingga bersalut keseluruhannya. 
  7. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. Goreng jejari ikan dori sehingga garing kedua2 belah. Angkat & tos.
  8. Sedia di hidang dan dimakan dengan sos dan mayonaise. 
Post a Comment
Powered by Blogger.