DIY Giant Bubble


Misi hari ini huda nak buat DIY Giant bubble dan bawa ke rumah family in law esok. Esok adik beradik ipar dan anak-anak sedara semua ada, maka seronok la main beramai-ramai.

DIY Giant Bubble

Bahan yang diperlukan semua boleh dapat kat dapur jer.

  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 cawan pencuci pinggan mangkuk (huda guna jenama joy)
Cara-caranya adalah campurkan air, tepung dan baking powder ke dalam bekas, gaul perlahan menggunakan senduk plastik. 

Kemudian masukkan pencuci pinggan mangkuk dan kacau perlahan, jangan sampai berbuih.

Sedia untuk di gunakan. Jom main puas2 dengan DIY giant bubbles ni. 

Kredit : Kak Nora

No comments:

Powered by Blogger.