Final Chapter 2015

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. 
Huda dapat kembali menulis diblog setelah beberapa minggu sibuk kesana kesini uruskan hal pindah rumah dan teman suami outstation. Bulan terakhir 2015, final chapter 2015 yang terindah untuk huda dan keluarga.
Banyak sangat perkara best dan buatkan huda rasa bahagia sangat bulan terakhir 2015 ni. Final Chapter 2015 yang terindah, penutup tahun yang membahagiakan.
Throwback 4 tahun lepas, bulan Disember adalah bulan paling indah untuk huda sebab pada 2.12.11 huda selamat menjadi isteri kepada suami tercinta setelah hampir 4 tahun kami berkenalan. 
Pada tahun ini 2.12.15 kami berempat selamat pindah rumah, di lokasi pilihan kami yang dekat dengan sekolah Arif Haikal.


Seronok pindah rumah, seminggu dua ni masih lagi mengemas, unpack barang-barang pun tak habis lagi. Mengemas dengan the Arifs memang mencabar. Terpaksa buat pagar untuk adik Arif Hakim yang sangat teruja nak menolong huda kemas dan memasak di dapur.


Ok, itu kisah huda, ada lagi perkara yang membahagiakan. Huda kongsi kebahagiaan akak huda yang dapat pindah ke Muar mulai tahun depan. Boleh la akak huda tengok-tengokkan abah huda yang tak berapa sihat di kampung, ada teman nak hantar abah jalani dialisis. Alhamdulillah, syukur amat sangat. Perancangan Allah memang terbaik. Allah bagi ujian dan dalam masa yang sama Allah permudahkan kita hadapi ujian yang datang. 


Satu lagi berita gembira, akak ipar huda selamat lahirkan bayi lelaki yang sudah lama diidamkan dengan selamat pada 4.12.15 di PCMC, KL.  Alhamdulillah, inshaAllah dengan rezeki baby baru ni, abang ipar huda pun dengar khabarnya akan berpindah ke KL setelah hampir 4 tahun PJJ Labuan -KL.  Alhamdulillah, semoga Allah satukan mereka 4 beranak bersama-sama tak lama lagi. 


Huda memang tak suka PJJ ni, orang yang PJJ ni huda selalu doakan Allah satukan mereka. Suami Isteri dan anak-anak kena duduk bersama, tanggungjawab mendidik anak digalas bersama, bukannya terpaksa susahkan ibu bapa atau upah pada orang lain. 


Hari ini huda dapat berita gembira lagi yang buatkan huda tersenyum. Pagi tadi cek akaun AirAsia BIG, Point dah jadi 3,380!! Wow, baru jer aktifkan keahlian BIG sebulan dan beribu point! Terkejut sangat! Shopping guna kad BIG Prepaid baru seribu dua, BIG Point Tone Excel dan Tone Plus pun tak convert lagi. Owh, rupa-rupanya, AirAsia bagi 400 BIG Points untuk booking flight baru ni. 
Bulan lepas huda grab promo 0 BIGPoints untuk bawa anak-anak holiday next year. 400 BIG Points untuk setiap orang, 4 x400 untuk sehala, ni dua hala jadinya darab lagi 2, memang beribu jadinya BIG Points =) Yeah! Boleh plan new year holiday =) Happy yer!!


Ok, sekian dulu perkongsian Final Chapter 2015 yang terindah, ni baru 1st week Disember 2015, Allah datangkan macam-macam berita gembira, inshaAllah lepas ni akan berderet-deret lagi happy news menyusul.


Selamat bercuti untuk semua, enjoy the percious moments with your loves =) 
some_text

Post a Comment

1 Comments

Pang said…
Saya sedang mencari servis lori sewa untuk pindah rumah saya. Sis ada tak guna lori sewa? Thank you for your blog ya.