Cari Idea Design "Play & Learn Area" untuk The Arifs

8:55 am
Sejak berpindah rumah awal bulan ni, kepala huda ligat fikir nak design "play & learn area" untuk the Arifs. Huda nak anak-anak happy duduk dirumah dan menepati slogan "Rumahku syurgaku".  Syurga bagi kanak-kanak pastinya BERMAIN! Aka sepahkan rumah kan??? 
Baru seminggu lebih, huda dah pening nak handle, semua kawasan rumah, ruang depan, ruang tengah, bilik, dapur dan segala sudut bersepah dengan mainan..The Arifs ni suka baling mainan sana sini. 
Hari ni sakit pinggang sebab mengemas mainan dan kutip mainan diorang di setiap sudut rumah.
Maka, kena cepat-cepat set up ruang eksklusif untuk anak-anak.
Huda dan suami dah sepakat nak jadikan ruang tengah, dekat dengan bilik office suami dan dekat dengan dapur sebagai "Play and learn area" untuk The Arifs!.
Ok, next, perlukan idea untuk design bagi anak-anak happy dan duduk diam tanpa perlu sepahkan rumah dengan sesuka hati diorang lagi..
Huda pun google dan jumpa 10 Tips For Creating Great Play Space di SINI <--- KLIK
Idea lain yang best KLIK SINI
Ok, great ideas dah ada, huda perlukan masa dan financial untuk set up ni. Hehe, ada alasan nk pergi IKEA beli barang comel-comel untuk set up Play Area untuk The Arifs =)
Nanti dah siap, huda kongsi yer. Stay Tuned! =)
some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.