Kenapa kita kena solat?

8:02 am
Solat itu sangat indah dan kita sememangnya perlukan solat untuk terus hidup dengan tenang.

Dalil tentang solat dalam Al-Quran.

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ


"Dan perintahkanlah keluargamu (serta umatmu) mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki darimu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". Surah Taha, ayat 132.

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". Surah al-Baqarah,
ayat 45.
Semoga Allah hadiahkan kekuatan  iman dan kelapangan masa serta kesihatan agar kita semua dapat menunaikan solat dengan sempurna. InshaAllah.
some_text

No comments:

Powered by Blogger.