Bubur Asyura Terengganu yang...........

9:43 pm
Malam ni en.suami bawa balik dari masjid bubur asyura. Kalau orang first time tengok ni mesti akan rasa pelik dan tertanya macamana rasanya.
Jom kita kasi close up sikit bubur Asyura Terengganu ni.
Ada topping agar-agar warna pink dan hijau. Ada kelapa dan hirisan telur dadar.
Main ingredients dalam tu nasi yang bergaul dengan rempah kampung, ada kekacang, ada ikan, ada ayam. tu jer kot, hehe, sebenar tu jer yang huda tahu. 
Rasa yer berempah dan ada manis-manis sikit. Dah nama yer Terengganu kan, haruslah ada rasa manis tu.
Mula-mula huda memang tak boleh nak telan, tapi setelah 4 tahun menjadi "orang teganu" ni, boleh la makan sampai licin sebekas ni. Hehe.
Ok, sekian coretan hari ni. Seronok sebenarnya kahwin dengan orang dari negeri lain ni, banyak makanan baru boleh cuba. 
some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.