SAMBUT BIRTHDAY HARAM???

Salam Maal Hijrah untuk semua pembaca ceritahuda.com hari ini? Apa plah Hijrah anda 1437H ini? 
Ok, hari ini huda nak kongsi ilmu yang huda dapat rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi, tentang isu Sambut Birthday HARAM??
Hari jadi atau birthday ahli keluarga tersayang mesti huda akan buat sesuatu yang istimewa simbolik menyambut hari bermakna dalam hidup setahun sekali. 

Hari ini huda agak terkejut bila dengar kata-kata Da'i Nik Ahmad Farhan pagi ini di program Tanyalah Ustaz bila beliau menyatakan SAMBUT BIRTHDAY ITU HARAM!
Ok, sebenarnya sambut birthday itu haram JIKA kita meniru budaya orang kafir yang menyambut dengan pesta dan maksiat. 
" Sesungguhnya Islam melarang umatnya daripada terikut dengan kepercayaan dan budaya orang bukan Islam terutamanya daripada golongan Yahudi dan Nasrani.

 Nabi saw telah bersabda: 

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam golongan tersebut” (Hadith riwayat Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albaniy). 

Daripada hadith ini jelas menunjukkan bahawa Nabi saw melarang kita secara umum daripada mengikut atau menyerupai cara hidup orang-orang kafir. 

Perkara yang dilarang dalam hadith ini adalah segala bentuk cara hidup yang bertentangan dengan syariat Islam ataupun sesuatu tindakan yang menunjukkan syiar sesuatu agama lain" 
- Imam Muda Asyraf
Namun sambut birthday di benarkan dengan kita mensyukuri nikmat Allah dan berusaha menambahkan keimanan kita.  Boleh juga kita buat solat hajat, kenduri kesyukuran dan berselawat.
Jom ikut cara Rasullah S.A.W menyambut hari kelahiran Baginda dengan PUASA. 

" Imam Muslim meriwayatkan (no. 1162) dari Abu Qatadah Al-Anshari radhiallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam di tanya tentang puasa pada hari Senen, beliau bersabda,

فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ

"Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan kepada (Al-Quran)."

Imam Tirmizi (no. 747) dia menyatakan hasan, dari Abu Hurairah radhiallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dia berkata,

تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

"Amal perbuatan dilaporkan pada setiap Isnin dan Khamis, aku senang ketika amalku dilaporkan aku dalam keadaan berpuasa."

Dinyatakan shahih oleh Al-Albany dalam Shahih Tirmizi.

Maka jelaslah berdasarkan hadits-hadits shahih yang telah lalu bahwa Nabi shallallahu alaihi wa sallam, sebagaimana beliau berpuasa pada hari Isnin karena dirinya bersyukur atas nikmat kelahirannya pada hari itu, beliau juga berpuasa pada hari itu kerana meyakini keutamannya, kerana Allah menurunkan wahyu kepadanya pada hari itu, dan pada hari itu amal manusia dilaporkan kepada Allah. Maka beliau ingin agar ketika amalnya diangkat, dia dalam keadaan berpuasa. Maka hari kelahirannya merupakan salah satu dari sekian banyak sebab mengapa beliau berpuasa pada hari itu. "  - Islam QA

Semoga perkongsian ilmu huda hari ini memberi manfaat pada kita semua.

Ok, huda juga nak kongsi tentang keutamaan kita menyambut hari kelahiran kita mengikut Kalendar Hijri bukannya kalendar biasa yang kita ikut. 

Kita kan orang islam, kenapa nak ikut tarikh kalendar orang bukan islam?

Maka, plan hijrah huda tahun ini bermula dengan catat semua tarikh penting termasuk tarikh harijadi dan tarikh ulangtahun perkahwinan mengikut kalendar Islam.

Ok, huda nak catit di sini untuk rujukan huda akan datang.

Tarikh UlangTahun Perkahwinan ke - 4 : 6 Muharram ( yeye, lagi 5 hari =) , boleh pergi anniversary holiday next week! )

Tarikh Hari Lahir Suami ke 30 - 5 Syawal 

Tarikh Hari Lahir Huda ke 30 - 18 Zulhijjah

Tarikh Lahir Arif Haikal ke 4 - 18 Syawal 

Tarikh Lahir Arif Hakim ke 2 - 16 Zulhijjah

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year


Ok sekian coretan ceritahuda hari ini. Salam Maal Hijrah untuk semua, Jom kita laksanakan plan hijrah kita dalam mencari Redha Allah Taala.

some_text

Post a Comment

0 Comments