Nasi Ayam Murah RM 1.90.

11:28 am

Minggu lepas huda ikut suami outstation di Kuala Besut. Huda ternampak signboard NASI AYAM RM1.90.
Betul ke ada nasi ayam semurah ni zaman sekarang?



Masuk jer dalam kedai terus nak pastikan betul ke harga nasi ayam ni cuma RM1.90
Ternyata betul. Murah sangat2 kan?

Huda order 2 set nasi ayam biasa dan 1 nasi tambah dan 2 gelas air sirap. Cukup untuk kami 4 beranak makan sama-sama.


Cuba teka berapa kos huda makan kat kedai ni?
.
.
.
Cuma RM6.50!!

Huda sangat sarankan semua orang yang try makan kat kedai ni. Murah, sedap dan berbaloi baloi untuk poket anda :-)

Kedai ni terletak di Kuala Besut, berhampiran sempadan Kelantan. Trade mark untuk mudah cari kedai Nasi Ayam RM 1.90 ni sebelah HAPPY HOME.

Sekian food review huda tentang Nasi Ayam RM1.90 di Kuala Besut, Terengganu. Insha Allah nanti huda kongsi lagi tempat makan best untuk panduan kita semua. Oh ya, ada lagi cawangan Nasi Ayam RM 1.90 ni di bandar Jerteh. Huda dah try dua-dua kedai Nasi Ayam RM1.90 ni. Memang TERBAIK!


Ok, semoga Nasi Ayam RM1.90 terus maju dan buka cawangan di Kuala Terengganu. Boleh la huda makan nasi ayam sokmo, hehe.


Post a Comment
Powered by Blogger.