JANGAN BERAMAL KERANA NAK KAYA!

Alhamdulillah, setelah 4 hari bermusafir , hari ini huda dapat menulis blog di SOHO dengan idea yang mencurah-curah datang. Banyak artikel nak siapkan, tapi huda nak mulakan hari ini tentang peringatan untk diri huda dan untuk semua -  JANGAN BERAMAL KERANA NAK KAYA!
Mentor huda banyak curahkan ilmu-ilmu untuk bisnes maju, customer ramai datang dan pelaris perniagaan. 
Ilmu pembuka pintu rezeki yang huda amalkan mendekatkan diri pada Allah melalui bacaan Al-Quran dan zikir tanpa henti sepanjang hari. 
NAMUN....... huda terkesan dengan kata-kata Dr.Zaharuddin di laman sosial beliau.
" Jangan beribadah kepada Allah swt kerana inginkan ganjaran keduniaan seperti solat dhuha untuk kaya dunia, baca surah al-Waqiah untuk bisnes maju dan sebagainya. 

NAMUN beribadahlah kepadaNya agar diredhaiNya dan diberikan KAYA JIWA, kerana mereka yang diredhaiNya akan dicukupkan. 

Anggaplah kejutan pelbagai pemberian dan ganjaran Allah jika dinikmati didunia itu adalah 'secondary' sahaja. Tiada utama dalam fikiran dan niat."

Ya Allah.... huda bermonolog sendiri lepas baca kata-kata tadi.
Adakah niat kita beribadat kerana mengejar kekayaan dunia semata-mata?
Astagfirullah...Semoga Allah ampunkan dosa kita yang beribadat namun tak ikhlas menyembah dan memuji Allah, namun kita taksub mahu Allah berikan kekayaan dunia yang sementara ini. 
Ingat, kita solat Dhuha untuk MEMBAYAR HUTANG dengan ALLAH.
Banyak atau sikit rezeki yang datang itu urusan Allah yang Maha Pemberi. Urusan kita sebagai hamba laksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya demi keredhaan dari Allah semata-mata. 
Sekian coretan huda pagi ini. Semua Allah hadiahkan kita taufik dan hidayah, agar setiap amalan kita ikhlas kerana Allah semata-mata. Teruskan beramal membuka pintu rezeki, dan tunggu kejutan rezeki dari Allah, mungkin di dunia mungkin di akhirat, hanya Allah sahaja yang tahu =)
some_text

Post a Comment

2 Comments

mrhanafi said…
satu entri yang ringkas tetapi amat menyentap emosi la..
Huda Halid said…
Alhamdulillah, semoga kita semua ikhlas dalam beribadah. =) Kejar kekayaan jiwa agar kita sentiasa tenang dunia dan akhirat, Insha Allah.