Happy 1st Birthday - Muhammad Arif Hakim!

6:21 pm


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Huda amat bersyukur hari ini sebab adik hakim genap setahun pada 10.10.15. 
Sambutan birthday Muhamad Arif Hakim, huda dah buat awal 2 minggu lepas gabung dengan abang Arif Haikal yang sambut 3rd birthday bulan lepas. Beza birthday dua beradik ni sebulan 5 hari jer, so combine celebration jer la mudah. =)
Comelkan kek birthday untuk "The Arifs" ni? Adik huda yang buat, Tq cik dah luangkan masa buat kek untuk kami. 
Menu birthday party untuk "The Arifs" adalah BBQ Chicken, Satay Daging , Mix Potatoes, Shepherd Pie, dan jagung panggang. Semuanya sedap menjilat jari. 
Ini gaya santai the Arifs lepak dengan cousin sementara tunggu makanan di hidangkan.
Ini sesi potong kek yang havoc. Faham-faham jer la bila dah ramai kanak-kanak. Mana tahu sabar bila tengok kek coklat depan mata. Hehe...





Alhamdulillah, birthday party Muhammad Arif Hakim dan Muhammad Arif Haikal berjalan dengan lancar.  Bulan lepas huda dah celebrate birthday holiday Arif Haikal, bulan ni turn birthday holiday Arif Hakim pula.  InshaAllah tunggu next week yer kita pergi birthday holiday!
Sekian coretan huda kali ini. Doa huda untuk adik, Muhamad Arif Hakim, mama doakan adik hakim membesar dengan sihat dan jadi anak soleh, Insha Allah, semoga adik berjaya pimpin tangan mama menuju syurga Allah kelak. Amin Ya Rabb. 
some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.