4 Formula Hassan Al-Banna Mendidik Anak

Alhamdulilah, syukur sangat-sangat! Setelah 15 hari berada di kampung, hari ini huda masuk SOHO untuk kembali fokus bekerja! Ok, huda mulakan hari ini dengan berkongsi ilmu parenting yang sangat bermanfaat untuk kita semua.
Formula Hassan Al Banna mendidik anak anaknya.

1) Tidak meninggikan suara. 
Walaupun beliau dikenali sebagai seorang yang tegas, tetapi ketika bersama anak anak, beliau tidak akan meninggikan suaranya.
.
2) Makan bersama.
Walau sesibuk mana pun, tetap kena cari waktu untuk makan bersama. Kerana waktu makan akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan kita. Boleh kongsi cerita, kongsi pendapat.

 *nota tambahan : JANGAN bermain apa jua jenis gajet ketika di meja makan.


3) Fail peribadi anak.
Isterinya menyediakan setiap anak satu fail peribadi. Ini adalah untuk memudahkan Hassan Al Banna memperbaiki mana mana kelemahan yang terdapat pada setiap anak anaknya.

4) Didik anak bersedekah.
Setiap Jumaat, beliau akan memberikan sedikit wang pada anak anaknya untuk mereka belajar memberi sedekah pada yang memerlukan. 

Semoga perkongsian ringkas tapi padat ini memberi inspirasi pada kita semua untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dengan memberi anak-anak didikan terbaik di dunia dan bekalan ke akhirat kelak. sekian coretan cerita huda hari ini. Happy Parenting =)
some_text

Post a Comment

0 Comments