Tips Melaksanakan Sedekah Subuh

2:38 pm
Apa itu sedekah Subuh? Ada yang tahu dan ada yang belum tahu. Ada yang tahu tapi tak tahu macamana nak laksanakan. Jom huda kongsi Tips Melaksanakan Sedekah Subuh.


TIPS MELAKSANAKAN SEDEKAH SUBUH.

Mulakan dengan NIAT. 
Kenapa aku MESTI Laksanakan SEDEKAH SUBUH SETIAP Hari?

Bagi huda, hadis di bawah ini cukup memberikan motivasi untuk huda konsisten melaksanakan Sedekah Subuh.


Ok, dah betulkan niat dan tujuan jom ikuti langkah-langkah berikut :-

1. sediakan sebuah bekas yang transparent seperti bekas kuih raya dan label SEDEKAH SUBUH + NAMA ANDA.

2. letakkan tabung itu depan tempat anda solat subuh setiap hari (supaya tak lupa)

3. setiap hari selepas solat subuh anda masukkanlah sedekah anda dalam bentuk wang tunai - tak kira berapa sen/rm. ikut ikhlas - sewaktu hendak memasukkan sedekah itu, anda niatlah apa hajat hati anda. be spesifik, tapi jangan lupa untuk dunia dan akhirat.

4. doa lagi selepas memasukkan wang itu dengan bahasa yang mudah dan anda sendiri faham.

5. waktu mustajab ialah selepas matahari terbit dan sebelum waktu syuruk. kalau dah terlepas waktu tersebut, masukkanlah juga tetapi kalau nak gred A+++ maka segerakanlah. jangan terlepas waktu syuruk tu.

6. simpan selama 40 hari atau 30 hari untuk memberikan kesan disiplin dan istiqomah dalam rutin hidup anda.

7. secara sedar buat muhasabah diri/memikirkan apakah nikmat yang anda terima hari ini? (cth: ganjaran wang ringgit/ketenangan hati/kemudahan untuk bertugas/mudah lalu lintas) kerana maksud rezeki dan nikmat Allah itu luas.

8. apabila sampai ke hari 40 anda keluarkan duit tersebut dan agihkan kepada anak yatim dengan memberi makanan sarapan pagi (itu antara amalan yang terbaik) atau apa saja amalan lain. Teruskan ke hari 31 atau ke 41, jangan berhenti

9. sekiranya anda keluar out station atau anda balik kampung atau anda berada di luar dari rumah anda, selepas subuh keluarkan juga SEDEKAH SUBUH itu dan masukkan ke dalam sampul surat atau bekas lain dalam beg tangan anda, dan bila balik rumah pindahkan ke dalam tabung SEDEKAH SUBUH

APA NAK BUAT DENGAN DUIT ITU?

saya cadangkan :

1. beri makan sarapan pagi kepada anak yatim dan miskin.
2. TABUNG SEDEKAH SUBUH kita bahagi 3. 
1/3 untuk sarapan, 1/3 untuk wakaf dan 1/3 untuk education.
3. cadangan ketiga - agihkan kepada mana-mana pihak yang memerlukan, masjid, sekolah, fakir miskin secara individu

TUGAS ANDA SEKARANG?

1. laksanakan SEDEKAH SUBUH
2. viralkan projek ini - saham viral ini akan menjadi bonus anda di akhirat nanti

Jom kita semua amalkan sedekah subuh ini. Jadikan hari anda setiap hari adalah hari anda bersedekah, ikhlas kerana Allah Taala. Andai kita malas sedekah, duit dalam beg duit kita akan tetap habis dengan urusan dunia, tapi sedekah kita berkekalan hingga akhirat kelak.  Jadi kenapa MALAS nak sedekah???

some_text

2 comments:

  1. Insyaallah..sedekah menyuburkan harta dan memanjangkan usia..

    ReplyDelete
  2. Thanks for tip untuk sedekah subuh.. Insya Allah akan cuba dipraktikkan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.