Tiga tahun lalu...

12:17 am
Pada tarikh hari ini, 5 September, masih segar di ingatan huda memori terindah pengalaman pertama menjadi mama.


5 September 2013.

Hari kedua admit di wad bersalin HPSF. 

Hari ini EDD baby dalam kandungan huda.
Masuk hari kedua di hospital dengan menahan sakit yang tak mampu di gambarkan.
Check VE pukul 8 pagi, dah bukaan 6 cm. Nurse suruh inform suami suruh datang teman huda di labour room.
Pukul 9 pagi huda masuk dalam labour room.
Setelah hampir 6 jam menahan sakit yang makin lama makin kuat, akhirnya baby keluar dengan mudahnya.

1st push keluar kepala, 2nd push terus baby keluar. 

Baby keluar cepat sangat, nurse tak ready dengan mesin sedut bendalir yang cover hidung.
Huda tak dapat tengok baby pun, terus nurse bawa keluar sebab baby tak menangis.
Allah jer la tahu apa huda rasa saat tu.

Huda tunggu sampai pukul 6 lebih baru la dapat tengok baby.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Putih bersih dan bercahaya pertama kali pandang wajah baby.

Inilah putera sulung huda Muhammad Arif Haikal.

Alhamdulillah, 3 tahun Allah beri huda nikmat menjadi mama.

Setiap masa huda ada dengan anak huda ni. Huda tak sanggup berpisah dan serahkan pada jagaan orang lain. Rasa sangat tak sedap hati bila nak hantar pada orang. Apatah lagi nak susahkan mak ayah jaga cucu diorang ni. Huda tak sanggup. Takdir huda menjadi ibu sepenuh masa adalah terbaik bagi huda.

Dalam masa 3 tahun ini, Arif Haikal membesar dengan sihat dan bijak. Pada usia 11 bulan dah berjalan, dan pada umur 1 tahun setengah dah petah bercakap. Sekarang speaking london jer kat rumah. Setiap hari suka belajar. Vocab english semua belajar sendiri dengan cikgu youtube. Ada kot dalam 1000 Vocabs dia tahu. Genius anak mama ini, tak sia-sia huda laburkan duit belikan dia Omega Guard Shaklee. 

 Huda syukur Allah hadiahkan anak yang sihat dan bijak. Memang berbaloi huda amalkan Set Penyusuan Shaklee, huda dapat bagi nutrient secukupnya dalam susu ibu. Guess what, sampai sekarang huda masih susukan dia tapi sekadar untuk comfort dia supaya senang tidur. Susu ibu jer ada sleep-inducing-protein. 

Alhamdullilah, perjalanan membesarkan anak huda sendiri sangat mencabar dan terlalu indah. Alhamdulillah, anak adalah tempat huda suburkan rasa sabar dan kekuatan dalaman yang huda tak pernah bayangkan. Alhamdulillah, rezeki anak huda sangat murah dan huda tumpang rezeki anak untuk terus berikan dia yang terbaik dunia akhirat. 

3 tahun yang sangat bermakna. Huda doakan anak huda ini berjaya merealisasikan impian huda nak dia jadi seorang TAHFIZ. Insha Allah.



Sekian coretan ceritahuda pada hari ini, hari yang paling istimewa. Rakan rakan blogger yang baca coretan huda ini,,mohon doakan anak huda terus membesar dengan sihat dan bijak!  Ok bye, nak bersiap pergi birthday holiday hari ini sampai isnin! 




No comments:

Powered by Blogger.