Riba' - Keperluan Vs Kemahuan

12:07 pm

Semua orang mahu kereta baru, rumah baru dan macam-macam lagi kemewahan dunia untuk memenuhi keperluan atau memenuhi kemahuan diri.  Sedar atau tidak, hampir semua orang terjebak dalam riba dalam memenuhi keperluan dan kemahuan mereka.

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapat, apakah dari yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)

Salah satu tanda KIAMAT adalah ramai orang melakukan RIBA'

Huda takut sangat dengan RIBA. Semua benda rasa nak beli secara TUNAI. 

Di sini huda nak kongsi tentang dalil-dalil tentang keburukan RIBA'. Kredit kepada Ustaz Hj Zaharuddin.

a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT : Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.


Allah SWT berfirman : Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )


c) Dibangkitkan seperti orang gila


Allah SWT berfirman ertinya : "orang-orang yang memakan riba tidak akan dibangkitkan (di hari kiamat) kecuali seperti orang gila yang disampuk oleh Syaitan" ( Al-Baqarah : 277)

d) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri


Nabi SAW bersabda : Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

e) Allah melaknat pemberi dan penerima Riba

Nabi SAW bersabda : "Allah SWT melaknat sesiapa yang memberi dan menerima wang Riba" ( Muslim)

f) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.


Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

g) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar


Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sedar atau tidak RIBA ibarat perkara BIASA. Biasa yang berlaku Riba dalam membuat "loan" dan urusan perbankan.

RIBA DALAM PINJAMAN

a- Membeli kereta ( Car Loan )

b- Membeli rumah ( Home Loan )

c- Mendapatkan modal syarikat (Term Loan atau Overdraft )

d- Membeli mesin dan alatan untuk syarikat ( Hire Purchase Loan )

e- Membuat pinjaman peribadi ( Personal Loan )

RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PERLABURAN

1) Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

2) Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

3) Riba dalam Kad Kredit

4) Riba Dalam Insuran Konvensional - ( Sebab itu penting join Takaful berbanding Insuran)

5)  Riba yang berlaku dalam jual beli barang kemas (emas) dengan secara ansuran.

Pesanan huda, kita sama-sama usahakan hadkan sebarang urusan kewangan di bank-bank islam yang memenuhi syariah muamalat. 

Sekian coretan cerita huda kali ini. Dalam kita sibuk memenuhi keperluan dan kemahuan kita hidup di dunia, ingatlah JAUHI RIBA'. Lebih baik kita hidup bersederhana dari bermewah jika riba berleluasa dalam urusan kewangan kita. Nauzubillah...


some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.