Food Review : Firdausy Ikan Celup Tepung, Tanjung Ketapang

11:45 am
Makanan yang glamour di Terengganu, selain kerepok lekor adalah ICT ( Ikan Celup Tepung). Mula-mula huda makan memang pelik, tapi sekarang dah jadi favourite huda dan Arif. Jom makan ICT Sedap disini!
Niat hati nak makan ICT di kedai ICT Pok Nong di Mengabang Telipot, namun huda langkah kiri hari ini. Kedainya tutup sampai esok.
En.suami kata, jom la kita try makan ICT di belakang airport. 
First time ni pergi survey kedai ICT di tanjung ketapang, belakang airport Kuala Terengganu.
Encik suami pilih berhenti di kedai ini. FIRDAUSY SEAFOOD CORNER

Masuk jer kedai ini, mata ni terus cari menu air, sebab mengidam nak minum ABJ - Air Batu Jagung!


Menu pertama huda makan di sini adalah CENDAWAN CELUP TEPUNG. Satu mangkuk ni RM 2.00. Huda makan ni dulu sementara tunggu sotong dan ikan tengah goreng atas kuali


Ini dia menu lengkap huda makan di sini. ABJ Special, Air kelapa, Sotong Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Kenyang sangat makan semua ini. Ini lunch huda tau, tanpa nasi, makan lauk jer. best kan?


Ini permandangan ke luar kedai. Duduk sini memang nampak kapal terbang mendarat ke Airport Kuala Terengganu.

Ok, sekian food review di ceritahuda.com kali ini. Jemput la datang kedai ini, memang puas hati, semua sedap hingga menjilat jari =)
some_text

No comments:

Powered by Blogger.