DOA KETIKA JEREBU

10:18 pm

Jerebu melanda di Malaysia semakin teruk. Ramai mula mengeluh dengan tahap kesihatan yang semakin teruk. Mata pedih, kulit gatal dan sakit tekak semakin menjadi-jadi. Indeks pencemaran semakin naik. Apakah yang kita mampu lakukan? Jom huda kongsikan doa ketika jerebu,  semoga Allah perlihara kesihatan kita semua.


DOA SELAMAT DARIPADA SEGALA JENIS PENYAKIT KHASNYA BENCANA JEREBU YANG MELANDA NEGARA.


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanya bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda sekalian.


Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau ya Allah! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya), sesungguhnya kami adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Kami berlindung dengan (kebesaran) kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan yang ada.

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namanya apa yang ada di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dengan nama Allah dan segala puji hanya bagi Allah, muhammad pesuruh Allah, (kami) tiada daya upaya melainkan dengan (pertolongan) Allah.

Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas agama kami dan diri kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ahli-ahli dan harta benda kami. Dengan nama Allah (kami bermohon bagi keselamatan) ke atas setiap sesuatu yang Allah berikan kepada kami. Dengan nama Allah sebaik-baik nama, dengan nama Allah Tuhan (bagi sekalian makhluk) di bumi dan di langit, dengan nama Allah yang tidak memberi bahaya sebarang penyakit bersama namanya.

Dengan nama Allah kami memulakan (segala sesuatu) dan dengan (nama) Allah kami mengakhiri (segala sesuatu) dan pada Allah kami berserah. Kami memelihara diri kami dengan (Allah) Yang Mempunyai kekuatan dan kusasaan. Dan kami berpegang dengan Tuhan Yang Memiliki kekuasaan, dan kami berserah pada (Allah) Yang Sentiasa Hidup, Yang Tidak Mati.

Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami, pemerintah kami, dan negara kami serta seluruh orang-orang Islam di pelusuk tempat daripada segala jenis penyakit khasnya Bencana Jerebu ini, dan lindungilah kami daripada kebinasaan dan selamatkanlah kami daripada terbunuh dan daripada penyakit ta'un dan daripada bencana dengan belas kasihan-Mu wahai Yang Maha Meliputi segala yang tersembunyi, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, cucurilah dengan sepenuh rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas ahli-ahli keluarga baginda dan seluruh sahabat baginda. Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam.

Kredit : Bahagian Dakwah, JAKIM

some_text

1 comment:

  1. jom join GA ni..rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.