Ceklist 10 Hari Zulhijjah


Ini Ceklist 10 hari Zulhijjah yang huda dapat dari insta dianaamir.

Perkara baik haruslah di kongsi bersama kan?

Kenapa perlu ada ceklist 10 hari Zulhijjah ini?



Dari Ibnu Abbas berkata, Rasulullah saw. bersabda, ”Tiada hari-hari dimana amal shalih paling utama disisi Allah dan paling dicintai-Nya melebihi sepuluh hari pertama Dzulhijjah.

Perbanyaklah pada hari itu dengan Tahlil, Takbir dan Tahmid.” (HR Ahmad dan Al-Baihaqi) 

Berkata imam al-Bukhari, ”Ibnu Umar ra. dan Abu Hurairah ra pada hari sepuluh pertama Dzulhijjah pergi ke pasar bertakbir dan manusia mengikuti takbir keduanya.

” عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ قالَ : سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ؟ فَقَالَ: "يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Dari Abu Qatadah ra berkata, Rasulullah saw. ditanya tentang puasa hari ‘Arafah? Rasul saw menjawab, ”Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR Muslim)

Jom kita ikut ceklist ni atau kita buat ceklist sendiri dan konsisten buat! 

InshaAllah. Jom Puasa, jom bertaubat, jom buat kebaikan sebanyak mungkin, dengan NIAT yang SATU. Redha Allah dan keberkatan kehidupan dunia akhirat . 

Doa huda, Allah hadiahkan kesihatan, kelapangan masa dan kekuatan iman pada semua untuk beribadat pada 10 hari yang sangat istimewa ini. Selamat beramal.
some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.