Birthday Holiday untuk Arif Haikal- 3 yrs!

Alhamdulillah, last week huda buat plan untuk pergi birthday holiday ini. Huda dah buat advanced celebration makan-makan dan main-main belon untuk birthday Arif. Maka, pada hari istimewa ini huda nak buat kelainan tahun ini. Kita pergi birthday holiday! Bawa Arif jalan-jalan, main-main, belanja dia new toys dan spend quality family time together.


Hari Pertama 

Seawal 6.30 pagi huda dah bersiap masukkan barang ke dalam kereta. Biasalah, nak melayan drama anak pagi-pagi, sampai pukul 7.30 juga lah baru bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Hulu Besut. 

Tema birthday holiday Arif Haikal -3 years ni adalah CLOSE TO NATURE. Huda bawa Arif kenal keindahan Alam Semulajadi.

Lokasi pertama kami adalah Bersantai di La Hot Spring , Besut

Kemudian,  Belanja Arif makan lunch, favourite food dia, nasi ayam 
– Food Review : Nasi Ayam Hainan, Jerteh

Dinner pula, belanja Arif makan favourite food dia , SATAY 
– Food Review : Satay Tok Abah, Jerteh

Hari Kedua 

Lokasi hari kedua ini, memang ikut tema habislah. Kali pertama bawa Arif pergi teroka Gua yang terletak di Pantai Bukit Keluang

Semalam bermalam di bandar Jerteh, hari kedua ini kami memilih untuk bermalam ni Tanjung Demong Beach Resort yang terletak berhampiran dengan Pantai Bukit Keluang.

Aktiviti Arif petang ini adalah  Bermain di swimming pool di Tanjung Demong Beach Resort

 – Hotel Review : Tanjung Demong Beach Resort

Hari Ketiga

Hari ketiga ini, masing-masing letih bermain semalam. Kita terus drive balik ke Kuala Terengganu dari Kuala Besut. Kami lalu jalan pantai, sepanjang perjalanan memang cuci mata tengok laut yang sangat cantik. 

Kami singgah makan di Tanjung Ketapang. 

Belanja Arif makan favourite food dia "cruchcy". Itu gelaran Arif untuk Ikan Celup Tepung.
 - Food Review : Firdausy Seafood Corner, Tanjung Ketapang, Belakang Airport Kuala Terengganu.




Alhamdulilah, 100% plan birthday holiday Arif terlaksana dengan jayanya! Huda puas hati tengok Arif enjoy 3 hari holiday ini. InshaAllah, next month birthday holiday untuk adik Arif Hakim pula. Best yer holiday!
some_text

Post a Comment

0 Comments