The Arifs jumpe geng!

Alhamdulillah, seronoknya bila dapat jumpa best friend dan bawa The Arifs jumpa geng!

Kebetulan kami berada di KL hujung minggu ini, huda ambil peluang untuk "dating" dengan best friend huda masa study di UIA. Dialah sahabat setia yang banyak beri sokongan dan dorongan saat huda perlukan bahu untuk menangis. 

Alhamdulillah, kami kahwin pada tahun yang sama, dan bulan yang sama, tarikh jer lain. Sorang awal bulan, sorang lagi akhir bulan.

Rezeki kami dapat 2 hero selepas hampir 4 tahun berkahwin.

Ini kali pertama huda temukan The Arifs ( Arif Haikal dan Arif Hakim) dengan geng yang seusia dengan mereka.


Syok budak dua orang ni main baling-baling bola! Arif Haikal dan Faris

Main kereta dan berebut stereng, baby Arif Hakim dan baby Aqeef. 


Ini gambar kenangan kami dan 2 hero kami masing-masing.

Alhamdulillah, sampai juga hajat nak berjumpa setelah bertahun tak jumpa! Insha Allah panjang umur murah rezeki nanti huda bawa The Arifs ni jumpa geng diorang lagi.

Sekian coretan ceritahuda hari ini. 
Dedikasi untuk Suzaila Arsad. You always be my best friend dan true friend forever. 


some_text

Post a Comment

0 Comments