Suamiku Encik Perfect 10!

Salam Jumaat untuk semua pembaca coretan ceritahuda.com. Hari ini Jumaat, cuti untuk negeri Terengganu. Encik suami pun cuti. Nak tahu apa encik suami huda buat sampai huda rasa nak sebut " Suamiku Encik Perfect 10!" 

Encik suami buat kerja rumah yang biasa memang huda yang buat sorang-sorang sambil lari nak kejarkan anak-anak yang sorang ke sana, sorang ke sini.

Alhamdullillah, Suamiku Encik Perfect 10, bukan sekadar dalam novel jer tau,tapi realiti dalam hidup huda. Ya Allah bersyukur teramat sangat Allah hadiahkan huda suami yang cukup sempurna yang selalu bahagiakan huda.


Apa yang Perfect 10 sangat tu kan?

1) En.suami basuh baju sampai siap sidai semua. Tanpa di suruh atau huda minta tolong. Tengok2 , Eh dah siap? =)

2) En.suami sediakan Western Breakfast hari ini. Huda dalam bilik susukan baby Arif Hakim. En.suami ajak breakfast dia dah siapkan special hari ini.

3) En.suami tolong jaga 2 hero kecik yang aktif meneroka segenap ruang rumah. Huda duduk bilik je pagi tadi, kemas bilik, dan kemas almari baju. Bukan senang nak dapat Free Time nak mengemas tanpa gangguan ni.

4) En.suami tolong suapkan baby Arif Hakim makan sampai kenyang. Yeay, huda cuti dari aktiviti melekit-lekit suap baby hakim yang berangan nak makan sendiri tu. Huda boleh fokus kat dapur buat puding roti tadi.

5) En.suami mandikan dan cuci anak-anak berak. Yeay, sekali lagi, huda tak perlu berperang dengan anak-anak dalam bilik air. hehe

6) En.suami makan ikan celup tepung huda masak lunch tadi dengan seleranya, walaupun huda salah resepi buat tepungnya tadi. hehe. En.suami tak komplen atau merendahkan skil masak huda yang amatur ni. 

7) En.suami puji huda buat puding roti sedap! Padahal puding roti ini sangat-sangat la sempoi. Tanpa agar-agar, tanpa susu cair. Huda modified guna barang ready stok kat rumah jer. 

8) En. suami sangat baik hati melayan karenah anak-anak, terutama si arif haikal yang demand macam-macam tanpa merungut walau sepatah perkataan.

9) En.suami sangat memahami huda dan bertoleransi. Bila huda rasa penat nak tidur, dia sendiri take over jaga anak-anak tanpa huda perlu minta tolong. Bila huda nak guna laptop baru, tak nak guna laptop lama, dia sedia switch laptop dia dengan mudahnya tanpa alasan apa-apa.

10) En. suami sangat ringan tulang. Mostly kerja rumah yang huda biasa buat hari ini dia dah settlekan semuanya termasuk buang pampers anak-anak, buang sampah dapur dan macam-macam lagi.

Huda rasa sangat seronok dan bertuah miliki En.suami macam ni. 
Huda takde benda nak merungut atau komplen tentang suami huda, he is too perfect!
Selalu belanja kami anak-anak, selalu bawa kami holiday dan jalan-jalan. 

Huda selalu doa Allah perlihara suami huda dan permudahkan segala hidup dunia akhirat. Amin


Ok, sekian coretan ceritahuda.com. Hidup ini PERFECT yakni SEMPURNA jika kita fokus melihat pada kesempurnaan dan abaikan kekurangan yang ada. Huda yakin kita semua miliki kehidupan yang sempurna jika rasa syukur sentiasa ada dalam hati kita.

some_text

Post a Comment

0 Comments