Selamat Pengantin Baru Doctor-To-Be Asyraf & Nabilah

10:50 am
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Huda baru balik dari majlis nikah dan resepsi adik huda di Shah Alam, Selangor. 


Rezeki adik huda kahwin awal, belum grad jadi doctor dah selamat ijab kabul. Alhamdulillah. Huda sokong sangat adik huda kahwin awal ini.

Adik huda dan pasangannya , dua-dua belajar medic di Ireland. Sama-sama duduk oversea, dah kahwin lebih terjaga dan lebih berkat hidup.

Huda teringat dulu, adik huda ni tanya, macamana nak kekalkan relationship bertahun-tahun sampai jadi kahwin macam huda dan encik suami.

Huda pesan satu sahaja. NIAT.


Bila Allah terbitkan rasa cinta pada seseorang, kita betulkan niat bukan nak couple-couple cintan cintun lepas tu clash. Niat nak kahwin dengan orang yang kita yakin Allah ciptakan si dia sebagai pelengkap diri kita.

Niat yang betul, insha Allah Allah akan perlihara rasa cinta itu hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke syurga.

Tahniah huda ucapkan pada adik huda sebab dia Berjaya jaga “cinta” yang Allah hadiahkan pada dia sejak dia belajar di KMB sampai ke Ireland.

Huda sangat bersyukur, dan gembira bila dia sudah menyempurnakan agama dan mendirikan masjid.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Doctor-To-Be Asyraf & Nabilah



Sekian coretan cerita huda hari ini. Pesan huda, bercinta dengan manusia kerana Allah dan mohon Allah perlihara rasa cinta yang Allah hadiahkan hingga ke syurga.

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.