Sambutan Hari Raya Shaklee di Prinzpark Kuala Terengganu

4:16 pm

Hari ini, Jumaat 14 Ogos, 29 Syawal, Shaklee adakan Majlis Hari Raya di Prinzpark Kuala Terengganu. Huda bersama suami dan anak-anak luangkan masa sepetang disini.

Alhamdulillah. Majlis hari ini sangat best dan happening. 


Banyak benda best berlaku hari ini.

Sampai jer di hall. register dan terus cari seat. baru duduk seminit, dah dapat hadiah untuk lucky draw.

Alhamdulillah, bertuah hari Jumaat ni.

Huda dapat Vitalea. Memang makan setiap hari , maka sangat best la dapat free produk ini. Next 4 months makan Vitalea free =)  TQ Shaklee!

Hari ini huda rasa happy tengok Arif Haikal happy bermain dengan kawan-kawan dia di sini. Antara aktiviti Arif Haikal buat hari ini adalah mewarna.


Huda nak main game yang di anjurkan tapi lambat pergi depan, dah terlepas rezeki nak main game dan dapat produk free lagi. 
Takpe la, redha jer =)

Ada benda lagi satu yang best dan huda rasa seronok sangat. 
Suami huda join game dan dia menang nombor 1. Suami huda sangat sporting hari ini. Alhamdulillah, dapat FREE produk lagi hari ini. Rugi rasa tak amik gambar suami main game tadi. kalau orang lain tengok sure gelak besar. hehe...

Ok,majlis dalam hall habis dalam pukul 4.30 petang. 

Arif dah lapar, terus ajak g makan. 

Jamuan hari raya Shaklee buat di Kafe Terapung di Hotel Prinzpark. 

Jom tengok apa jamuan raya hari ini. 


Main Course - Nasi Tomato, Ayam Masak Merah , Rendang Daging, Ikan Masak Masam manis, dan Sayur Campur ( Ada lagi huda tak ambil, ada lauk daging kurma, gulai ayam dan sayur )



Berbagai-bagai jenis kerabu


Desserts yang berwarna-warni.

Ok, itu sahaja perkongsian huda hari ini. Owh ya, nak kongsi gambar Arif di Rumah Kampung di PrinzPark Lobby. 


Hehe, Arif masuk without permission! 

Alhamdulillah, penutup open house raya tahun ini. Insha Allah kita bertemu di Syawal tahun hadapan. 



some_text

No comments:

Powered by Blogger.