Sambutan Hari Raya Shaklee di BayView Melaka

4:00 pm

Hari ini huda check kalendar event Shaklee untuk bulan ini. Eh, ada Raya Celebration la di Melaka. Dekat dah dengan rumah huda di Muar, Jom kita terjah!

Kebetulan hari ini huda puasa enam. Seronok juga kalau berbuka puasa di hotel malam ni. 

Huda terus ajak encik suami. Alhamdulilah, as always he always say YES! I love u more hubby!

Pukul 6 petang, huda siap-siapkan anak-anak dan diri sendiri. Then terus drive ke Melaka dari Muar. 
Perjalanan ambil masa dalam 47 min.

Sampai sahaja hotel, terjumpa Nutritionist Shaklee, Sarah dalam lift. Dia cakap program start pukul 8. Masa tu baru pukul 7. 

Huda dah standby air dan buah untuk buka puasa in case jamuan raya serve lambat nanti.

Niat nak terus pergi surau sahaja, tapi suami ajak survey hall dulu dan register dulu.

Alhamdulillah, langkah kanan. Makanan dan served dan kami dijemput makan dulu sementara tunggu majlis start pukul 8 malam nanti.

Alhamdulillah, dapat kami berbuka dengan mewah hari ini.


Sementara tunggu azan, huda bagi The Arifs makan dulu. seronok la arif dapat makan satay banyak hari ini.

Majlis start agak lambat, maka habis pun lambat. 10 lebih baru habis. 

Seronok dapat makan, dapat ilmu baru dari Nutritionist Shaklee, dapat motivasi talk dari Master Iffah dan dapat dengar live testimoni dari customer yang sembuh dari masalah batu karang dengan Shaklee. Memang best Shaklee ini. 


Cuma hari ini, tak bertuah untuk jadi pemenang cabutan bertuah. Insha Allah next week di Terengganu, huda nak join lagi Raya Celebration Shaklee lagi. Kita cuba nasib next time yer!

Sekian coretan cerita huda hari ini. Jom kita sama-sama sihat dengan Shaklee. 


some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.