Pintu Rezeki yang Berkunci

5:43 pm
Alhamdulillah.  Malam sabtu ini Allah izinkan huda berguru dengan mentor hebat dalam bisnes Shaklee.  Malam ini berguru tentang ekonomi, qada' dan qadar dan ilmu paling mahal adalah ilmu tentang kunci pintu rezeki.



Setiap pintu itu ada kunci.

Kita takkan dapat membuka pintu jika kita tidak gunakan kunci yang betul. 
Sama juga dengan rezeki kita di dunia ini

Pintu rezeki depan mata semua orang.  Apa itu pintu rezeki? 
Bagi huda pintu rezeki itu masa.  Allah hadiah kita masa 24 jam sehari untuk membuka kunci pintu rezeki. 

Namun ramai orang duduk depan pintu rezeki.  Menunggu depan pintu dengan harapan rezeki keluar golek golek depan mata. 


Ayat dalam surah Al Rad  11 diatas, menerangkan kita kena usaha untuk dapatkan sesuatu. 

Memang tiap sesuatu telah di tetapkan dan tertulis di luh mahfuz.  Ia qada dan qadar Allah.  Namun dengan amalan kita di dunia Allah yang berkuasa merubah ketetapan yang lebih baik untuk kita.

Alhamdulillah. 

Hari ini mentor huda Kak N telah berkongsi ilmu tentang kunci pintu rezeki iaitu solat sunat,  mengaji serta zikir.

Ilmu sudah ada,  huda hanya perlu amalkan dengan yakin serta konsisten. 
Allah melihat apa yang huda usahakan.  Insha Allah pintu rezeki akan terbuka dengan lebih luas lagi.
Qada dan qadar Allah juga akan menjadi lebih baik untuk hambaNya yang berusaha.
 
Impian huda rezeki yang Allah hadiahkan ini memberi ruang untuk huda membina jambatan ke syurga yang kekal abadi. 

Alhamdulillah.  Rezeki yang masa lalu,  rezeki sekarang dan rezeki hebat yang akan datang. Jom kita bersyukur selalu.  Keran Allah berjanji.  Siapa yang bersyukur akan bertambah nikmatnya.


Sekian coretan ceritahuda hari ini. Jom kita bersyukur dan beramal soleh agar pintu rezeki kita terbuka dengan lebih luas di dunia dan akhirat.

some_text
Post a Comment
Powered by Blogger.