Nota untuk wanita yang bergelar isteri.

Nota untuk wanita yang bergelar isteri termasuk diri huda sendiri. Perkahwinan adalah tiket ke syurga dengan syarat kita menjadi isteri solehah. 


Tahu tak?

 Orang perempuan banyak ke neraka bukan sebab mereka tak sembahyang, atau tak puasa, atau tak pergi haji. Tapi ramai dari mereka yang derhaka kepada suami. 

Menjadi isteri, kita kena tahu hak seorang suami, batas seorang isteri. 

Jangan main redah buat suami macam kawan kita. 
Suami tak sama status dia dengan mana2 Raja atas muka bumi ini.
 President Obama pun masih duduk bawah dia.
 Kalu suami keluarkan arahan A, wajib ikut A walaupun Raja kata B. Apatah lagi kalu orang lain.

Contoh termudah - suami kata tak payah balik kampung. Tapi dia nak pergi jugak sebab nak jumpa family dia.  Dia pergi melangkah keluar dari rumah dalam keadaan suami tak redha, Allah dan Rasul pun tak redha.


Kalu nak merajuk, jangan lama-lama. 10-15 minit sudah. Jangan berlarutan sampai 24 jam. Itu derhaka namanya. Bahkan bermasam muka dengan suami pun sudah dikira derhaka! Melainkan pada waktu didatangi haid. Tutur kata kena jaga. Kalu terlepas cakap, kena terus ucap 'mintak maaf bang...'.

Dalam rumahtangga kena faham tugasan masing-masing.
 Si suami mencari nafkah dan si isterinya menguruskan rumah. 
Bertolak ansurlah pada perkara yang boleh diuruskan dengan baik. Zaman sekarang bila dua-dua keluar bekerja, selalu ada salah faham dan emosi mudah terganggu sebab penat dengan urusan kerja diluar yang terbawa-bawa bila balik rumah.

Maka disini perlu banyak pengorbanan. Pengorbanan yang IKHLAS dan jangan merungut itu ini.
Perkahwinan bukan untuk sebulan dua. Bukan sebulan dua itu jugalah hanya anda perlu menutur baik dengan suami, melayan baik suami, tapi untuk akhir hayatnya InsyAllah
Rumahtangga bukan soal main-main atau hanya keseronokkan sahaja. Ada waktunya kita perlu berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Tapi bersabarlah. Jangan cepat melenting marah. Kalu kita tak mampu nak urus diri, nak kawal emosi dan perasaan lalu bagaimana kita nak kawal anak-anak di bawah kelak?? 

Ingatlah wahai orang perempuan, bila anda berkahwin anda sedang berhadapan dengan seorang yang akan menentukan syurga atau neraka tempat anda kelak. Jika baik urusan anda dengan suami, suami pula redha padanya dan baik pula urusan anda dengan Tuhan, InsyAllah syurga milik anda. 

Tips untuk hangatkan cinta suami isteri - Jom amalkan makan VITAMIN CINTA


Sekian coretan ceritahuda hari ini. Jom kita berusaha menjadi isteri solehah yang menjadi bidadari suami di dunia dan di akhirat kelak. Insha Allah. 

some_text

Post a Comment

0 Comments