Mencari Kunci Sabar

3:42 pm
Semakin hari semakin terasa di uji dengan karenah dua hero kecil ini.  Huda mencari kunci Sabar agar walau apa jua situasi huda selalu bersabar.


Seperti biasa,  bila suami keluar bekerja huda seorang menjaga dua orang hero kecil yang tengah aktif.

Terpaksa berlari dan berkejar kejar nak uruskan kerja rumah sambil jaga anak yang tak berhenti gerak,  panjat sana sini.

Rumah kemas seminit, toleh belakang semula,  kembali bersepah seperti biasa. 
Suara hati mula mengeluh,  kesabaran mula pudar. 
Makanan dan air tumpah sana sini. 
Baju lipatan habis dikeluarkan dari almari.

Bila keadaan bersepah huda mula stress dan sabar mula kelaut.
Astagfirullah..  Huda istigfar panjang.
 
Kalo ikutkan nafsu amarah, memang akan marah anak anak yang masih kecil.  Mereka tak bersalah.  Mereka hanya tahu bermain dan bergembira.
 
Huda tekan butang " Pause" dan stop dari buat apa apa.


Huda berfikir dan mencari kunci sabar yang sebenar. Huda nak jadi ibu yang terbaik,  sentiasa sabar dan penyayang.  Hmm,  bukan mudah seperti yang di sangka. 

Alhamdulillah,  huda dapat ilham dari Allah yang seolah olah Allah berikan huda kunci sabar yang huda cari. 

Apa kunci sabar yang huda dapat? 

Ayat Al quran dan hadis nabi

Allah SWT berfirman,Sesugguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.” (QS Az-Zumar: 10).

Orang Sabar dapat pahala TANPA BATAS. best kan??  Allah dah offer pahala tanpa batas, jadi kenapa huda nak bataskan tahap sabar dengan benda remeh temeh???

Rasulullah SAW bersabda, “Betapa menakjubkannya perkara orang-orang beriman, segala perkara mereka baik, dan hal itu tidak didapatkan kecuali oleh orang beriman.

Apabila mendapatkan kebahagiaan, ia akan bersyukur dan itu adalah hal yang terbaik bagi dirinya

Begitu pula apabila ditimpa kesedihan, ia akan bersabar dan hal itu adalah yang terbaik bagi dirinya.” (HR Muslim).

Syukur dan Sabar sifat orang beriman. Huda nak jadi hamba Allah yang beriman dan nak anak-anak huda juga jadi orang yang beriman. Maka dua sifat ini wajib ada setiap masa.
Maka huda takde pilihan lain, huda mesti bersabar. Ikut apa Allah suruh dan Rasullah pesan.

Ya Allah. Alhamdulillah.  Dengan ayat suci dan sabda Nabi ini buatkan hati huda tenang dan kesabaran mula singgah di hati melenyapkan amarah dan keluh kesah yang huda alami sebelum ini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Sekian coretan ceritahuda hari ini. Jom kita sama-sama jadi hamba Allah yang beriman yang sentiasa syukur dan sabar.

some_text

No comments:

Powered by Blogger.